Kemboja Bakal Menerima Semula Pelancong Antarabangsa

October 27, 2021 - 03:48 PM


Kerajaan Kemboja bakal membuka semula sektor pelancongan mereka dengan menerima pelancong antarabangsa yang lengkap divaksin. Akibat pandemik Covid-19 sektor pelancongan mereka terjejas teruk dan menerima kejatuhan dari segi pulangan iaitu hanya 1 bilion USD berbanding 5 bilion USD tahun sebelumnya.

Menteri Pelancongan Kemboja menyatakan bahawa pada 30 November adalah tarikh  pembukaan semula pantai pantai terkemuka mereka seperti Sihanoukville, Pulau Koh Rong dan Dara Sakor Resort.

Kambodia memang terkenal dengan taman arkelogi mereka dan sejak pandemik melanda, tarikan paling terkenal mereka iaitu candi atau kuil Angkor Wat memang sunyi akibat tiada pelancong.

Seperti biasa, pelancong antarabangsa perlu membawa sijil lengkap vaksinasi, insuran kesihatan termasuk rawatan covid-19, keputusan negatif bagi swab test ketika bertolak dan tiba di Kemboja.

Tempoh kuarantin bagi setiap pelancong antarabangsa adalah 5 hari di suatu lokasi yang terasing dan dikehendaki menjalani swab test selepas tamat tempoh kuarantin sebelum dibenarkan berjalan di negara tersebut.

Sumber: The Asean Post

Destination: