Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Travel Ke Amsterdam Dari Ipoh Dengan Menaiki Train Sahaja

May 19, 2021 - 03:04 PM


Seorang lelaki yang bernama Aminfadhli Abd Rami telah berkongsikan pengalaman beliau travel ke Amsterdam dari Ipoh pada tahun 2019 hanya dengan menaiki train sahaja tau. 

Apa yang menariknya di sini adalah tempoh perjalanan yang memakan masa selama 45 hari merentas 12 negara untuk beliau tiba di destinasi tersebut.

 

Memakan Belanja Sebanyak RM12,000!!

Memang tak dinafikan jumlah yang beliau spend tu agak banyak, tapi bila tengok balik logik juga sebab dah merentas 12 negara kan. Perjalanan beliau bermula dari Ipoh ke Padang Besar dengan menaiki ETS selama 3 jam.

Kemudian beliau menaiki train SRT dari Padang Besar ke Bangkok yang memakan masa 16 jam. Setibanya di Bangkok, Amin beransur ke Nong Kai (sempadan Thailand) dengan menaiki train yang sama selama 12 jam.

Apabila sampai di sempadan Thailand tersebut, beliau menggunakan perkhidmatan Tuk-Tuk (lebih kurang macam Grab) ke Vientiane di Laos. Untuk sampai ke destinasi seterusnya, beliau perlu menaiki bus selama 19 jam  ke Vinh, Vietnam.

Dan dari Vinh ke Hanoi, beliau spend lagi 6 jam di atas train. Okay, nampaknya memang banyak masa yang dihabiskan di dalam pengangkutan. Mesti penat-penat je rasa badan tu kan.

Panjang lagi perjalanan Aminfadhli ni, jadi ini adalah ringkasan lagi separuh perjalanan beliau ke Amsterdam:

  • Hanoi ke Beijing - 36 jam (train)
  • Beijing ke Jiningnan - 9 jam (train)
  • Jiningnan ke Erlian (sempadan China) - 6 jam (train)
  • Erlian ke Zamyn Uud Mongolia - Teksi rentas sempadan
  • Zamyn Uud ke Ulaan Baatar - 16 jam (Trans-Mongolian Railway)

  • Ulaan Baatar ke Irkutsk, Rusia - 24 jam (train)
  • Irkutsk ke Kazan - 69 jam (Trans-Siberian Railway)
  • Kazan ke Moscow - 16 jam (Trans-Siberian Railway)
  • Moscow ke Riga - 16 jam (Latjiva Express)
  • Riga ke Warsaw - 12 jam (Ecoline Bus)
  • Warsaw ke Berlin - 8 jam (Flixbus)
  • Berlin ke Amsterdam - 12 jam (Flixbus)

Jadi itulah dia perjalanan Aminfadhli dari Ipoh ke Amsterdam yang memakan masa selama 45 hari dan merentas 12 negara. Memang sangat mengagumkan sebenarnya.

Kita di Malaysia ni dari KL pergi ke Kedah pun ramai yang mengadu lenguh badan dalam kereta, bayangkan Aminfadhli spend 69 jam dalam train ketika ke Kazan. 

So korang yang suka travel tu mungkin boleh mengambil inspirasi dari perkongsian Aminfadhli ni. Mana tahu pada masa akan datang apabila semua kembali normal, kita punya giliran pula untuk merentas 12 negara betul tak? 

Sumber: Aminfadhli Abd Rani

Destination: