Nak Pandu Sendiri Masa Bercuti Di Pulau Jeju? Ikut Tips Sewa Kereta Ni!

January 02, 2020 - 10:58 AM


Dah masuk tahun baru 2020 ni, agak-agak korang ada tak destinasi percutian yang menjadi impian untuk dijejaki?

Bagi siapa yang dah lama menyimpan hasrat untuk melancong ke Jeju Island, Korea Selatan dan teringin untuk explore pulau tersebut dengan memandu sendiri --- ini ada tips berguna yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Fauzi Zakaria mengenai cara menyewa kereta di sana.

PANDUAN SEWA KERETA DI JEJU ISLAND, KOREA

A) Buat Tempahan Sewa Kereta Semasa Di Malaysia

1. Sebaiknya, anda buat booking waktu di Malaysia. Saya cadangkan guna website rentalcars.com, website ini akan senaraikan beberapa company yang ada dan sesuai dengan kereta yang anda pilih. ( rentarcars ni macam search engine, sama macam skyscanner dan booking.com)

2. Sebaik tiba bahagian ketibaan di lapangan terjang Jeju, keluar dari pintu ketibaan antarabangsa, terus ke gate nombor 5. Selepas keluar dari gate, anda perlu lintas jalan dan ikut laluan pejalan kaki ke sebelah kanan. Anda akan nampak satu bangunan yang ada banyak bas parking di depannya.

3. Tapi ni sebenarnya bukan ofis sewa kereta. Di sini, anda perlu naik shuttle bas untuk ke ofis kereta sewa
( jika tak pasti, tunjukkan voucher tempahan sewa kereta anda pada staf di situ, dan mereka akan beritahu anda shuttle bas di petak parking mana yang anda perlu naik). Shuttle bas ini adalah percuma. Tak perlu bayar .

4. Sebagai contoh, saya sewa kereta dengan syarikat AJ Car Rental, jadi saya perlu ambil shuttle bus di petak nombor 13.

5. Sebaik tiba di pejabat sewa kereta, tunjukkan voucher booking pada staf di kaunter.
Untuk makluman, untuk menyewa kereta di Korea, anda diwajibkan mempunyai lesen memandu antarabangsa.

B) Bagaimana Nak Buat Lesen Memandu Antarabangsa?

Pergi ke cawangan JPJ terdekat. Sertakan salinan kad pengenalan , gambar berukuran lesen 2 keping dan bayaran RM150. Lesen memandu antarabangsa sah untuk jangka masa 1 tahun. Dan paling best, lesen memandu antarabangsa anda siap dalam masa kurang 1 jam.

C) Pastikan Kereta Ada Perlindungan Insurans

Sebelum tanda tangan dokumen perjanjian sewa kereta, pastikan anda bertanya berapa perlindungan insurans yang anda akan dapat jika berlaku kemalangan. Biasanya sewaktu tempahan, pihak sewa kereta hanya memberi perlindungan asas sahaja.

Sebaiknya, add on kepada premium insurans yang mana anda tidak perlu membayar apa2 jika berlaku kemalangan.

Jika anda telah ambil full coverage insurans, anda tidak perlu untuk periksa satu persatu jika ada bahagian kereta yang calar balar atau defect lain.

D) Periksa Tayar, GPS & Dapatkan Senarai Lokasi Menarik Di Airport

Pastikan anda periksa bahagian tayar supaya anda terima tayar yang tidak terlalu lama. Ini penting untuk keselamatan anda.

Kereta anda juga akan dibekalkan dengan GPS. Dan biasanya, staf kereta sewa akan bantu untuk setting dalam bahasa Inggeris.

Ada sesetengah GPS yang tidak dapat membaca nama tempat. Anda perlu memasukkan nombor telefon lokasi yang anda ingin tujui.

Dan anda boleh dapat senarai penuh nombor telefon semua lokasi menarik di kauter penerangan di lapangan terbang.

E) Biasakan Diri Dengan Jalan Raya Jeju

Akhir sekali, tempat duduk pemandu di Jeju adalah di sebelah kiri. Dan cabaran terbesar memandu di Jeju adalah untuk keluar dari pusat bandarnya. Jalan agak sempit dan banyak lampu isyarat. Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak terlepas simpang atau masuk lorong yang salah.

Sebaik telah melepasi atau keluar dan sempadan bandar Jeju City, anda akan rasa betapa nikmatnya memandu di Jeju. Dengan keindahan pemandangan di kiri dan kanan, anda tidak perlu risau duit habis sebab tiada tol dikenakan untuk menggunakan jalanraya di Jeju.

Selamat bercuti ke Pulau Jeju !

Sumber: Mohd Fauzi Zakaria

 

Destination: