Panduan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Untuk Pelancong Malaysia Yang Ingin Ke Singapura

November 11, 2021 - 03:16 PM


Baru baru ini, Perdana Menteri Malaysia dan juga Singapura menugumukan kerjasama atau persetujuan untuk melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 November 2021. Tempahan penerbangan antara dua negara tersebut juga semakin meningkat walaupun tanpa panduan yang lengkap tentang penerbangan VTL. Semua baik rakyat Malaysia dan Singapura teruja akan tibanya tarikh 29 November, kerana rakyat Malaysia atau penduduk tetap Singapura tidak perlu menjalani kuarantin bila tiba di sana. Kalau korang yang tengah plan nak bercuti atau pulang ke Singapura, ini antara panduan penting yang dapat membantu korang membuat persediaan.

1. Penerbangan

Untuk masuk ke Singapura korang kena book flight ke sana untuk layak dapat kemudahan tanpa kuarantin untuk 10 hari. Korang perlu book flight khas VTL dan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Korang juga perlu lengkap vaksin yang sah diterima oleh kerajaan Singapura dan listnya korang boleh klink di sini. Anda juga perlu membawa bukti atau sijil digital di aplikasi Mysejahtera. Setakat ini, hanya perjalanan udara sahaja dibenarkan di bawah VTL. Kalau korang drive, masih perlu menjalani kuarantin

Lagi satu info penting, korang perlu berangkat dari Kuala Lumpur Interantional Airport untuk ke Changi Airport. Kalau korang dari negeri lain, disyorkan tetap bertolak dari KLIA untuk memudahkan proses perjalanan korang. Khabarnya terdapat 6 kali penerbangan VTL antara KLIA dan Changi.

2. Permohonan Vaccinated Travel Pass (VTP)

Bermula dari 22 November 2021, pelawat dari Malaysia boleh membuat perhomononan untuk pass VTP dan permohonan perlu disubmit antara 7-60 hari sebelum berangkat. Tiada caj dikenakan dan pass VTP hanya valid untuk 6 hari selepeas tarikh masuk atau tiba di Singapura.

3. Menjalani Ujian PCR Sebelum Berangkat 

Pelawat yang telah lengkap vaksin dan tiba di Singapura melalui penerbangan tidak perlu menjalani kuarantin kendiri tetapi korang perlu mengambil ujian PCR dua hari sebelum tarikh berangkat ke Singapura. Sebaik tiba di sana, korang perlu menunjukkan bukti ujian negatif dan sekali lagi menjalani ujian PCR sebelum dilepaskan bebas untuk explore atau berjalan di Singapura. Ujian PCR boleh diambil di mana mana klinik atau hospital yang disahkan oleh kerajaan.

 

4. Download aplikasi TraceTogether

Sebaik tiba di Singapura, pelawat perlu download aplikasi TraceTogether untuk melancarkan keberadaan korang di sana. TraceTogether ini kira macam Mysejahtera versi kerajaan Singapura. Korang juga wajib upload bukti atau sijil vaksin digital di apps TraceTogether melalui kod QR 

5. Perjalanan Pulang

Dah puas korang explore atau bercuti di Singapura, korang mestilah kena book flight VTL untuk balik ke Malaysia. Macam biasa, sebaik tiba di KLIA korang perlu menjalani ujian PCR dan terdapat beberapa caj dikenakan bermula dari RM 90 sehingga RM 370

 

Destination: