Penawar Serta Tindakan Awal Jika Disengat Obor – Obor

November 27, 2019 - 03:51 PM


Musim cuti persekolahan ini, pastinya ramai ibu bapa akan membawa anak-anak bercuti dan pastinya ramai yang akan melakukan aktiviti di pantai dan laut.

Satu perkara yang ibu bapa perlu berikan perhatian adalah keselamatan anak – anak ketika bermain air. Seeloknya, ibu bapa periksa dahulu keadaan persekitaran. Bukan apa, khuatir anak – anak terpijak kaca, terumbu karang, landak laut ataupun terkena sengatan obor – obor.

Obor – obor atau dipanggil ampai – ampai di sesetengah tempat ini memang kelihatan tidak membahayakan tetapi sebenarnya ia berbisa dan mempunyai ‘sengat’.

Disebabkan warnanya yang putih lutsinar serta mempunyai sesungut yang panjang, kadangkala kita tidak perasan kehadiran obor – obor dan akhirnya disengat. Ada sesetengah kes, sengatan obor – obor ini boleh membawa maut dan ada juga hanya mendatangkan kesan sengatan yang pedih pada kulit.

Menurut sebuah video penjelasan daripada seorang marine biologist, obor – obor akan menyengat sekiranya mereka merasakan diri mereka terancam dan ada kalanya ia digunakan sebagai mekanisme untuk melemahkan ‘mangsa’ sebelum memakannya.

Difahamkan, racun atau sengatan obor – obor ini adalah berlainan mengikut jenis obor – obor dan kebiasaannya jenis hemotoxin iaitu yang menyerang / merebak melalui darah dan kedua neurotoxin yang menyerang terus kepada saraf di bahagian otak dan ini merupakan jenis yang biasa ditemui di perairan Malaysia.

Kredit : Bernama

Antara simtom atau tanda anda telah disengat obor – obor ialah; terasa pedih di kulit dan nampak garisan – garisan panjang (sensungut obor – obor), ruam atau keradangan pada kulit, terasa mual, pening – pening dan rasa nak muntah.

Jika ada, confirm berlaku sengatan. Jadi menurut WebMD; ada beberapa langkah rawatan awal yang boleh dilakukan sekiranya disengat obor – obor iaitu :

#1. Basuh bahagian terkena sengatan dengan cuka selama 30 saat. 

#2. Rendam bahagian terkena sengatan dengan air panas (bukan yang menggelegak), air panas mandi tu pun boleh.

*rawatan berdasarkan kajian yang dilakukan di Indo-Pasifik dan mungkin tidak berkesan pada sesetengah sengatan obor – obor.

Jika sengatan tidak serius, boleh juga letakkan air batu untuk mengurangkan kesakitan sebelum sapu ubat gatal.

Nota Editor : Sila hubungi ambulans sekiranya; mangsa menunjukkan kesan reaksi elergi seperti sesak nafas dan lain – lain atau sengatan menutupi lebih daripada separuh daripada tangan atau kaki.