RM120 Semalam Di Resort Yang Sangat Cantik Di Terengganu

November 19, 2021 - 05:54 PM


Sedang mencari penginapan di Hulu Terengganu ? Dengan hanya RM120 semalam, korang berpeluang bermalam di sebuah resort yang sangat cantik. Menarik bukan ? Reka bentuk resort ini diukir bedasarkan ukiran tradisional Terengganu dan sangat sesuai untuk bergambar. Bagi yang mencari port-port bergambar sekitar terengganu inilah hidden gem yang korang patut datang. 

Selain itu, korang juga boleh berehat dan bercuti di sini untuk merehatkan minda korang dari urusan-urusan kerja. Terdapat kolam mandi yang sungguh cantik yang terbuka untuk semua orang biarpun korang tak menetap di resort itu. Mari kita lihat gambar-gambar tentang lokasi tersebut.

Resort ini dikenali dengan nama Warisan Pahlawan Resort dan ia terletak di Kuala Berang. Seni reka bentuknya cukup cantik dan melambangkan seni budaya Terengganu. Jika korang berminat datang ke sini berikut merupakan maklumat lanjut.

Warisan Pahlawan Resort
No 122 Kampung Pauh Mukim Jenagor, Kuala Berang

Destination: