Senarai Negara Dengan Bekalan Air Paip Yang Selamat Untuk Diminum

January 31, 2020 - 12:53 PM


Setiap kali melancong keluar negara, antara faktor yang akan menjadi keutamaan adalah penginapan, makanan yang halal dan bekalan air yang bersih dan lain – lain.

Seperti yang kita sedia maklum, bukan kesemua negara mempunyai kemudahan atau sistem rawatan air yang baik. Ada antara negara langsung tiada sistem rawatan air. Ini secara tidak langsung menjadikan air paip mereka tidak selamat untuk diminum.

Mungkin ada antara kita yang kurang peka tentang perkara ini dan dengan confident-nya meminum air terus daripada paip. Nasihat kami, hentikan! Bukan semua bekalan air paip selamat untuk diminum.

Menurut kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC); ada 187 buah negara yang air paipnya tidak selamat untuk diminum. Jadi, sekiranya anda melancong ke negara – negara tersebut, dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dengan botol air minuman / air mineral yang dibeli di kedai.

Antara negara yang tersenarai termasuklah Turki, Morocco, Russia, China, India, Indonesia, Kazakhstan, Ukraine, Pakistan, Thailand, Vietnam dan banyak lagi. Kalau diperhatikan dari senarai, banyak juga negara – negara yang selalu dijadikan destinasi melancong oleh orang Malaysia .

Namun, jangan risau. Ada banyak juga senarai negara yang mempunyai bekalan air paip yang selamat untuk diminum terus.

Antaranya; Australia, New Zealand, UAE, UK, Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan banyak lagi. Ada kira – kira 56 buah negara kesemuanya.

Jadi, sekiranya anda berada di negara – negara ini, anda boleh terus minum air dari paip mereka. Cuma pastikan ianya bersih lah.

Untuk dapatkan rujukan berkenaan tahap keselamatan air, penyakit dan sebagainya, boleh buat rujukan di Laman Web CDC, cari nama negara yang anda ingin lawati. Banyak info yang boleh anda dapat. Contohnya suntikan yang perlu diambil dan sebagainya. 

Sumber : Website - CDC | Globehunters