Tarikan Baru Di Jetty Marina Island Yang Wajib Korang Singgah
Bagi yang sedang mencari tempat untuk berchill sambil bergambar di tempat yang cantik, Jetty Marina Island tentu akan menjadi penyelesaian korang. Di sini korang boleh bersantai sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik. Asyik ke tempat yang sama je, jom try ke sini sebab disini terdapat beberapa tarikan baru.
Kalau orang jenis yang suka tangkap gambar untuk post di instagram atau membuat content di tiktok, datang ke sini tentu korang tidak akan menyesal kerana terdapat banyak tempat bergambar yang menarik. Selain dari itu, jika korang bawak orang istimewa kesini, boleh korang berfeeling-feeling sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik ketika waktu matahari terbenam dengan bertalar belakangkan Pulau Pangkor.
Tidak percaya ? Lihat gambar-gambar ini
Sedikit info untuk korang,perjalanan menaiki feri dari Jeti Marina Island ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Disini parkir kereta berbumbung juga ada disediakan bagi kemudahan pelancong.
Sumber: Perkongsian : Ada Apa di Manjung