Terbang Terus Ke Bali Dengan Batik Air!

June 02, 2022 - 03:30 PM


Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air, memperkenalkan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke destinasi pelancongan Denpasar, Bali, bermula hari ini.

Penerbangan OD306 tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.10 pagi waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar pada 12.15 tengah hari.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata penerbangan tersebut meningkatkan lagi kapasiti Batik Air ke Indonesia selepas pelancaran penerbangan dua kali sehari ke Jakarta sejak 27 Mac 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata pembukaan semula sempadan antarabangsa selain penamatan sekatan perjalanan akan membolehkan syarikat untuk terus melaras kapasiti bagi memenuhi permintaan berkaitan.

Selain Denpasar, Bali, laluan penerbangan antarabangsa lain yang diperkenalkan semula oleh Batik Air adalah Jakarta (Indonesia), Kathmandu (Nepal), Dhaka (Bangladesh), Lahore (Pakistan), Trichy (India), Bangkok (Thailand) dan Singapura.

-- BERNAMA

Destination: