Thailand Haramkan Penggunaan Pelindung Matahari Yang Merosakkan Terumbu Karang

TIPS TRAVEL
August 05, 2021 - 04:45 PM


Semakin lama, banyak negara kini semakin sedar tentang kepentingan untuk menjaga kelestarian hidupan laut termasuk terumbu karang yang semakin hilang seri akibat penggunaan sunscreen ataupun pelindung matahari yang mampu merosakkan tumbuhan tersebut. 

Thailand kini telah mengharamkan penggunaan pelindung matahari yang mempunyai bahan kimia yang merosakkan terumbu karang daripada digunakan di semua taman negara mereka. 

Bahagian Pemuliharaan Thailand (Thai Department of Conservation) berkata 4 bahan-bahan yang selalu digunakan di dalam krim pelindung matahari telah dibuktikan untuk memusnahkan larva karang, dan mengganggu reproduksi karang, selain melunturkan kecantikan warna terumbu karang. 

Sesiapa yang melanggarkan kesalahan tersebut bakal berdepan kompaun sehingga 100,000 baht (RM12,706). Bahan-bahan yang diharamkan ialah oxybenzone, octinoxate, 4-methylbenzylidene camphor dan butylparaben.

Larangan yang sama turut diperkenalkan di Palau, dan Hawaii, dan langkah ini merupakan inisiatif terbaru kerajaan Thailand bagi melindungi karang mereka yang menyumbang kepada industri pelancongan mereka. 

Destination: 
Artikel berkaitan