Thailand Terima Semula Pelancong Malaysia Tanpa Perlu Kuarantin
Thailand akan membenarkan semua pelancong tanpa perlu kuarantin dari 46 negara yang tersenarai termasuk Malaysia demi merancakkan semula sektor pelancongan dan ekonomi akibat pandemik. Dasar baru ini akan bermula pada bulan 1 November. Namun, ini hanya terbuka buat pelancong yang telah lengkap divaksin.
Antara negara yang tersenarai adalah Amerika Syarikat, China dan United Kingdom. Sebelum ini hanya 10 negara yang tersenarai dibenarkan melancong ke Thailand. Selain itu, Australia, German, Arab Saudi, Singapore, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong turut tersenarai dalam 46 negara yang dibenarkan melancong semula.
Pelancong masih perlu patuh pada SOP yang sedia ada seperti membuat RT-PCR test Covid-19 sebelum berangkat dan sebaik tiba di Thailand.
Negara yang tidak termasuk dalam senarai masih boleh melancong ke Thailand namun harus menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari. Thailand dijangka akan menambah lagi bilangan negara berisiko rendah menjelang Disember dan Januari
Kaki Travel yang rindukan suasana bercuti di Thailand dah boleh mula book tiket! Selamat Bercuti dan sentiasa patuh SOP okay korang!
Sumber: Nikkei Asia