Travel Ke Luar Negara, Ini Jumlah Wang Yang Patut Anda Bawa

November 22, 2019 - 05:54 PM


Secara umumnya, kita semua tahu yang kita perlu mempunyai wang yang secukupnya semasa travel – tapi persoalannya, berapa banyak yang perlu dibawa untuk cukup?

Membuat bajet atau kira – kira untuk sesebuah percutian merupakan salah satu perkara yang sangat penting selain membuat research berkenaan restoran, destinasi mahupun hotel sebelum ke satu – satu destinasi baharu.

Sesetengah orang tersilap pengraan dan akhirnya ‘kering’ semasa travel kerana mereka hanya mengira kos sebelum travel iaitu kos penerbangan dan tempahan bilik.

Sebenarnya, kesemua perkara perlu dimasukkan kedalam kira – kira untuk mengetahui seberapa banyak wang tunai atau wang yang mencukupi untuk menampung keseluruhan percutian tersebut.

Berikut adalah cara yang dikongsikan oleh pakar travel bila nak menentukan jumlah wang yang perlu dibawa untuk bercuti.

#1. Mula Dengan Perbelanjaan Yang Tahu Nilainya

Sebelum boleh tentukan jumlah wang yang perlu disediakan, perlu anda ketahui jumlah keseluruhan ataupun kondisi kewangan anda sendiri. Jadi, mulakan perbelanjaan yang perlu dibuat sebelum travel iaitu perkara yang anda boleh buat bayaran dari Malaysia sebelum bertolak. Ini termasuklah penempahan penerbangan, tempahan penginapan dan aktiviti yang boleh ditempah atas talian.

Kemudian, senaraikan baki perbelanjaan seperti kos untuk makan, bayaran masuk sesuatu tempat dan mungkin bajet untuk beli oleh - oleh.

Tipsnya disini adalah; cuba untuk minimakan penggunaan wang tunai ketika di destinasi. Jadi kalau boleh buat bayaran sebelum bertolak, buat semua bayaran. Jadi, setidaknya perkara yang penting seperti hotel, tempahan kereta dan sebagainya dah selesai.

 

#2. Pertimbangkan Penggunaan Kad

Jumlah tunai atau matawang yang perlu ditukar adalah bergantung juga kepada penggunaan kad. Tak kiralah kad kredit ataupun debit. Sekiranya tempat yang kita pergi nanti menerima kad, gunakan kad. Tapi, nasihat kami; gunakan kad debit lah. Hehe.

Selain itu, pastikan pengeluaran atau penggunaan antarabangsa telah diaktifkan di bank. Jika tidak, memang tak dapat nak melakukan sebarang transaksi diluar negara.

Perlu diingatkan, bukan semua tempat akan menerima penggunaan kad, lebih – lebih lagi jika destinasi yang anda pergi itu belum betul – betul membangun atau di kawasan pendalaman.

Nasihat kami, kalau taknak tukar banyak, pastikan ada tunai matawang tempatan yang mencukupi kalau nak ke kawasan pendalaman. Sebagai contoh; di Hatyai. Sesetengah kawasan memang susah nak jumpa mesin ATM ataupun pengurup wang.

Ketahui juga, pengeluaran antarabangsa atau penggunaan kad di luar negara biasanya ada cas tersendiri dan cas ini anda boleh pastikan nilainya dengan menghubungi pihak bank.

 

#3. Jangan Lupa Nilai Tukaran

Pastikan sebelum berbelanja, anda tahu tukaran matawangnya. Misal contoh; 100 baht Thai bersamaan RM10.
Jadi, jika merasakan barangan yang dibeli itu terlalu mahal. Janganlah. Tapi kalau anda mempunyai ‘bajet’ yang besar, silakan.

Kedua; tukar wang siap – siap di Malaysia. Sebelum ini kami ada kongsikan lokasi money changer yang mempunyai kadar terbaik di Selangor dan Kuala Lumpur.

Biasanya, ada sesetengah matawang (yang pelik) sukar untuk didapatkan di Malaysia. Jadi, tukar dahulu kepada USD dan tukar kepada matawang tempatan apabila tiba di destinasi. Seperti biasa, pastikan anda arif dengan nilai tukarannya. Jangan ditipu pula.

 

Jumlah Wang Yang Perlu Dibawa Semasa Travel (Purata)

Beberapa orang pakar dalam industri travel menasihatkan supaya sentiasa sediakan sekurang – kurangnya 100 atau 200 Ringgit. Kalau duit Malaysia, RM100 tu bawa dua keping. Sebabnya, ia mudah disimpan dan mudah untuk disorok. Ia juga mudah untuk dibawa balik jika tidak digunakan.

Dari segi perbelanjaan, dinasihatkan supaya menetapkan bajet sekurang – kurangnya RM50 untuk sehari. Nak selamat RM100. Macam yang disebutkan, ini hanya bajet. Kalau lebih, bawa ke hari esoknya.

Berdasarkan pengalaman, semuanya bergantung kepada kos sara hidup di sesebuah destinasi. Sebagai contoh, kalau ke Indonesia, Thailand mahupun Cambodia, RM50 sehari adalah mencukupi. Ini semestinya tak termasuk kalau kita gunakan Grab dan sebagainya. Untuk grab, kami nasihatkan bayar menggunakan kad. Jadi, kebarangkalian untuk ditipu amat tipis sebab semuanya dilakukan oleh sistem.


Sebagai penutup; "ukurlah baju di badan sendiri" , jika nak berbelanja banyak, bawaklah banyak. Jika tidak, tak perlu. Cuma nak ingatkan, sediakan wang untuk 'kecemasan' dan sediakan wang kecil kalau nak beli gula - gula ke apa ke dekat gerai tepi jalan.