4 Pulau 'Hidden Gems' Di Mersing, Johor Yang Masih Ramai Tak Tahu!
TRAVELJika sebut tentang pulau peranginan di Mersing, Johor pasti ramai mengimpikan untuk bercuti ke Pulau Rawa yang terkenal dengan resortnya serba eksklusif dan mewah.
Tetapi kalau korang nak tahu sebenarnya masih ada banyak lagi pulau 'hidden gems' yang ramai tak tahu dan boleh dikatakan 'untouchable' kerana keindahannya belum terusik atau dicemari manusia.
Berdasarkan fakta, secara keseluruhannya Johor sebenarnya memiliki 97 pulau, tetapi hanya 13 buah pulau sahaja yang dikomersialkan serta dibuka untuk kunjungan pelancong.
Baru-baru ini, Rileklah telah dijemput oleh pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan untuk menyertai Fam Trip "Jom Balik Kampung Homestay Malaysia di Mersing" -- di mana kami berpeluang meneroka 4 buah pulau yang boleh dikategorikan sebagai 'permata tersembunyi' Johor!
Secara peribadi, sememangnya diakui keindahan keempat-empat pulau yang kami lawati sangat menakjubkan dan memukau pandangan hingga membuatkan min jatuh hati untuk kembali semula ke sana.
Memang betullah tagline "Mesmerising Mersing" yang korang akan nampak terpacak sebesar-besar alam di depan Jeti Mersing sebelum naik bot ke pulau-pulau menarik tu -- betul-betul buat orang terpukau bila bercuti ke sana!
Jom kita tengok senarai 4 buah pulau yang sempat kami jelajahi ketika aktiviti 'island hopping' bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Bagi perjalanan menaiki bot kami naik dari Jeti Mersing dan perjalanan mengambil masa sekitar 25 hingga 30 minit sahaja untuk tiba di pulau yang pertama.
1) PULAU HARIMAU - 'Gua Dalam Gua'
Ini pulau pertama yang kami singgah dan merupakan favourite island min! Nak tahu kenapa? Sebab istimewanya pulau ini ia memiliki tarikan 'gua dalam gua'! Haaa...bunyi macam gempak kan! Ya, memang gempak Pulau Harimau ni macam namanya ya!
Sebenarnya kalau korang sampai je ke Pulau Harimau ini, korang akan disambut dengan pemandangan pintu besar gua di tengah-tengah pulau yang airnya sangat jernih dan berwarna 'emerald green' atau hijau firus! Memang cantik macam pulau-pulau kat Thailand, Indonesia atau luar negara.
Bila korang dah lengkap pakai jaket keselamatan yang disediakan oleh boatman, korang boleh terus terjun dan berenang masuk melalui pintu gua itu dalam 5 minit je.
Bila dah masuk ke dalam gua korang mesti akan rasa macam masuk ke satu alam fantasi lain kerana di tengah-tengahnya dah jadi seakan kolam peribadi semulajadi berwarna biru yang dilitupi dengan dinding dan tebing gua tinggi.
Satu tips min kongsikan, kalau korang nak enjoy Pulau Harimau ni korang kena cuba melompat atau buat terjunan dari tebing dinding gua dan masuk ke dalam air lautnya -- memang akan buat adrenalin korang tercabar dan lebih menyeronokkan!
Min yang perempuan ni pun bila nampak ada aktviti terjunan tu terus jadi berani seperti harimau nak melompat dari tebing tinggi tu, walaupun min secara peribadi memang seorang yang agak penakut. Hehehe....
Dari segi keselamatan korang jangan risau kerana biasanya boatman yang berlesen membawa pelancong ke Pulau Harimau akan bersiap-siaga menunggu di bawah dengan pelampung besar bagi memastikan tiada pengunjung yang tercedera.
Tetapi kalau korang jenis yang tak sukakan aksi ekstrem, korang masih lagi boleh menikmati keindahan di seluruh pelusuk Pulau Harimau dengan bergambar cantik berlatar belakangkan air lautnya yang jernih dan juga gua gergasi yang ada di situ.
Nak buat snorkeling dan menyelam pun syok juga sebab Pulau Harimau kaya dengan terumbu karang hidupan marin yang berwarna-warni.
Ohh hampir lupa min nak share...yang sebenarnya nama Pulau Harimau ini diperoleh daripada bentuknya yang menyerupai seakan-akan seekor harimau sedang tidur di laut.
Selain itu, kalau korang bercuti ke sana nanti cuba korang perhatikan di sekitar Pulau Harimau sebenarnya tiada sebatang pokok pun yang tumbuh di sana. Unik, kan!!
No wonderlah pulau ini pernah ditutup untuk kunjungan orang ramai dan hanya bermula tahun 2023 ini sahaja ia kembali dibuka untuk pelancong. So sebab tu sekarang ni nama Pulau Harimau memang tengah trending dan viral di media sosial, lagi-lagi kat TikTok.
Jadi korang jangan tunggu lama-lama nak datang ke pulau ni, takut makin popular nanti makin ramai pula orang bercuti ke sana. Hehehe....
2) PULAU HUJUNG - 'Pantai Pasir Putih'
Kalau tadi istimewa Pulau Harimau ada gua, pulau seterusnya adalah Pulau Hujung yang terkenal dengan pasir pantainya yang putih macam susu tepung, halus dan bersih.
Punyalah putih dan lembutnya pasir di Pulau Hujung ini, korang siap boleh duduk atau berbaring sambil 'healing' tengok air laut jernih seluas mata memandang.
Bagi korang yang sukakan sebuah pulau yang ada privasi, korang mesti suka dengan Pulau Hujung ini sebab dahulunya pulau ini merupakan sebuah pulau terbiar dan kurang dilawati, maka sudah tentulah alam semulajadi di sini juga terpelihara dengan baik.
Disebabkan Pulau Hujung ini mempunyai pantai, ia selalunya menjadi lokasi untuk boatman menyediakan hidangan makan tengah hari buat pelancong mereka.
Kalau korang nak bawa bakul piknik sendiri atau beberapa props untuk bergambar Instagrammable, korang boleh gunakan semasa berkunjung ke Pulau Hujung.
Tips min nak kongsi, korang jangan lupa bawa juga baju luar yang panjang dan berwarna striking seperti merah, oren, kuning atau putih yang boleh korang gunakan sebagai props bergambar cantik di tepi pantai atau untuk buat video-video yang tengah trending di TikTok. Memang onz!!
Dah selesai bergambar dan rakam video, korang bolehlah mula pakai alat snorkeling untuk berenang ke tengah laut bagi menikmati pula keindahan terumbu karang dan ikan-ikan yang ada di Pulau Hujung. Sumpah min cakap korang tak perlu berenang jauh sampai ke tengah laut sangat pun, sebab kat tepi-tepi pantai pun dah penuh dengan ikan-ikan berwarna-warni berenang depan mata korang nanti. Syok, kan!!!
3) PULAU TENGAH - 'Resort Paling Mewah & Termahal Di Johor'
Bila perut dah kenyang di Pulau Hujung, kita teruskan island hopping kita ke Pulau Tengah pula!
Pulau Tengah ini pula adalah pulau kegemaran min yang nombor dua. Ini kerana min sukakan privasi, eksklusiviti dan kemewahan yang dimiliki oleh Pulau Tengah ini.
Kalau korang nak tahu dekat Pulau Tengah ini satu-satunya tempat penginapan yang ada ialah BATU-BATU RESORT.
Kalau orang kata Pulau Rawa adalah resort yang paling mewah di Johor, fakta itu tidak tepat. Ini kerana Batu-Batu Resort yang ada di Pulau Tengah ini sebenarnya adalah 'resort paling mewah dan temahal' yang wujud di selatan tanah air. Resort ini mempunyai hanya 22 buah bilik.
Korang bayangkanlah harga biliknya sahaja bermula RM1,500 ke atas untuk satu malam. Itu belum masuk harga untuk makan dan juga boat transfer ya. Harga makanan pula satu kepala dicaj RM350 untuk dewasa. Memang tempat percutian T20 sangat, kan! Hehehe....
Tetapi bagi min harga tersebut memang sangat berbaloi dengan kemewahan villa mereka yang betul-betul view laut tanpa ada sebarang pemandangan bot-bot kecil lalu lalang pun hingga mengganggu pandangan tetamu mereka.
Ini kerana operator bot luar adalah dilarang untuk mendekati perairan Batu Batu Resort dan jika mereka ingin melaluinya satu bot dicaj dengan harga RM300.
Jadi tetamu Batu Batu Resort sememangnya dijamin dengan privasi dan ketenangan yang sememangnya mereka bayar. Lebih istimewa kolam renangnya juga betul-betul menghadap laut dengan deretan pokok-pokok kelapa tinggi yang cukup memukau pandangan.
Disebabkan trip kali ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan, pihak pengurusan Batu Batu Resort telah membenarkan rombongan kami untuk mendarat dan membuat lawatan ringkas ke resort berkenaan -- tetapi kami dilarang untuk mengambil gambar atau merakam video tetamu mereka yang sangat mementingkan privasi.
Dapatlah min merasa jadi golongan T20 sekejap...hahaha...
Sebaik mendarat ke Batu-Batu Resort, elemen kemewahan terus terasa apabila tetamu disambut dengan panorama baby shark berenang-renang di bawah kaki dengan banyaknya. Sedangkan kalau orang lain terpaksa menyelam ke dalam laut untuk berjumpa dengan spesies ikan tersebut.
Jika korang ada rezeki untuk bercuti ke sini, antara aktiviti yang boleh korang lakukan di Batu Batu Resort adalah melawat pusat penetasan penyu dan menimba pengetahuan tentang projek pemuliharaan laut serta konservasi alam semulajadi di Pusat Pemuliharaan Tunku Abdul Jalil yang dirasmikan sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tahun 2018.
4) PULAU BESAR - " Banyak Pilihan Resort 'Mesra Poket' "
Dah puas merasa jadi orang kaya sekejap di Pulau Tengah, sekarang tibalah masanya untuk kita menjelajah ke pulau terakhir iaitu Pulau Besar atau dahulunya popular dengan nama Pulau Babi Besar -- kerana populasi babi hutan yang bebas berkeliaran di sana tetapi populasi ini sudah tiada sekarang dan pulau ini pun dah jadi destinasi terbaik untuk percutian hujung minggu selama 2 atau 3 hari bersama keluarga.
Pulau Besar ini terletak hanya 15 kilometer dari Jeti Mersing dan pulau terdekat dari tanah besar serta mudah diakses dengan bot yang memakan masa setengah jam sahaja.
Pulau Besar ini min memang sangat recommend untuk korang datang bercuti dan menginap di resort-resort yang ada di sini.
Terdapat 5 buah resort secara keseluruhan yang tersedia untuk pelancong di Pulau Besar. Antara yang paling popular dan mesra bajet pastinya Bayu Lestari Island Resort yang diusahakan oleh sebuah keluarga tempatan.
Oleh itu, terdapat pelbagai jenis penginapan yang lebih disesuaikan dengan cita rasa kekeluargaan seperti banglo dan villa.Terdapat juga penginapan dormitori bagi pengunjung yang lebih menggemari penginapan bajet.
Aktiviti yang boleh dilakukan di resort ini ialah seperti jelajah pulau-ke-pulau, snorkeling, berkayak dan berbasikal.
Banyak port bergambar cantik yang ada di sekitar Bayu Lestari Island Resort ini tau, tapi yang pasti korang kena berposing di jeti kayu panjang di atas laut mereka dan buaian tepi pantai yang disediakan. Memang cantik teruk gambar korang nanti!
PAKEJ 'MERSING ISLAND HOPPING'
Best, kan pulau 'hidden gems' yang ada di Mersing, Johor ni! Apa yang boleh min katakan kecantikan kesemua pulau di Mersing ni dari segi keunikan pantainya, kejernihan air lautnya, keindahan hidupan marin serta resort yang ditawarkan -- semuanya setanding dan sehebat pulau yang ada di negara jiran seperti Krabi di Thailand dan Bali, Indonesia.
Jadi buat apa nak jauh-jauh terbang sampai ke negara jiran kalau di negara kita sendiri pun sebenarnya masih ada pulau-pulau tersembunyi yang boleh min sifatkan masih lagi berstatus 'pulau dara' yang belum terusik keindahannya oleh pencemaran tangan manusia.
Kalau korang pun nak merasai keseronokkan seperti mana yang rombongan kami rasai apabila dibawa menyertai aktiviti jelajah pulau oleh pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan -- kat bawah ini min kongsikan perincian mengenai pakej dan harga yang boleh korang dapatkan.
So, apa lagi "Inilah Masanya Cuti-Cuti Malaysia"!!! Lesgooooo.....