Pulau Mawar, Mersing - "Heaven’s Gate" Di Kalangan Jurugambar & 'Hidden Gems' Buat Pelancong

TRAVEL
August 15, 2022 - 12:06 PM


Kalau di Bali, Indonesia memiliki sebuah tarikan pelancongan yang dipanggil sebagai "The Gate of Heaven" iaitu di Pura Lempuyang -- Malaysia juga sebenarnya mempunyai tarikan yang sama disebut "Heaven's Gate" iaitu di Pulau Mawar, Mersing, Johor!

Pulau Mawar yang terletak di Mukim Penyabong merupakan salah satu pulau di Negeri Johor yang mendapat nama jolokan Heaven's Gate di kalangan jurugambar kerana terdapat gerbang besar apabila memasuki ke pulau tersebut.

Kredit: @cutibajetco

Bagaimanapun nama Pulau Mawar kurang dikenali ramai, tidak seperti pulau lain seperti Pulau Rawa, Pulau Besar atau Pulau Babi yang juga terletak di Mersing.

Namun atas faktor kurang komersial itulah memberi kelebihan kepada Pulau Mawar dalam mengekalkan kelestarian alam semulajadinya daripada pengunjung luar dan hanya diketahui oleh golongan jurugambar yang gemar memotret keindahan pulau ini.

Kredit: @cutibajetco

Istimewanya Pulau Mawar ini ia kaya dengan keindahan landskapnya, kepelbagaian biologi marin dan daratan yang menyerlahkan lagi keunikan budaya komuniti nelayan serta tradisi masyarakat di sekitar pulau berkenaan.

Pulau Mawar ini juga sebenarnya terletak dalam Mersing Geopark yang meliputi seluruh daerah Mersing merangkumi kawasan daratan, kepulauan dan lautan seluas hampir 6,400 kilometer.

Kredit: Twitter mshaa

Bagi pengetahuan anda, Pulau Mawar memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun serta sangat sesuai untuk aktiviti berenang bagi pengunjung yang datang ke sini.

Pulau ini memiliki suhu air antara 29 hingga 30°C sepanjang tahun, namun ia boleh menurun beberapa darjah celcius pada musim tengkujuh setiap hujung tahun.

Jom kita enjoy beberapa keping gambar Pulau Mawar yang dikongsikan oleh pihak Tourism Johor di Facebook rasmi mereka.

Sumber: Tourism Johor

Destination: