8 Lokasi Romantis Di Busan Yang Boleh Buat Korang Jatuh Cinta!
TRAVELFenomena 'Hallyu' atau Gelombang Korea, semakin besar di Malaysia! Tak kisah lah dari segi muzik, filem mahupun makanan dari Korea Selatan memang dah menjadi kegilaan rakyat tempatan. Bercerita tentang fenomena Hallyu, tidak dinafikan k-drama juga sering menjadi pilihan penonton untuk isi masa senggang.
Kenapa k-drama? Sudah semestinya kerana menampilkan pelakon tampan dan heroin yang cantik, plot yang tidak klise dan disempurnakan lagi dengan adegan-adegan comel yang membuatkan para penonton berangan dan mengimpikan mempunyai seorang kekasih untuk berjalan-jalan di Busan misalnya.
Busan sering menjadi lokasi penggambaran untuk siri k-drama popular dunia antaranya The King Eternal Monarch, Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo dan bermacam lagi! Antara faktor Busan dipilih sebagai lokasi penggambaran adalah kerana landskap dan keindahan semula jadinya yang pelbagai.
Jadi inilah waktu sempurna untuk anda terbang ke Busan bersama AirAsia X kerana mereka menawarkan promosi ‘Jom Ikut Nadhir Nasar Ke Busan’ ! Apa yang menarik sempena promosi ini adalah penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Busan serendah RM499 sahaja!
Kalau korang nak lebih selesa, cuma perlu bayar RM1459 untuk katil rata premium. Korang boleh mula menempah tiket dari 7 hingga 13 Ogos melalui aplikasi airasia Super App. Inilah waktu terbaik untuk korang cuba mencari cinta di Busan, macam Nadhir!
Nak tahu 8 Lokasi Romantis Di Busan Yang Boleh Buat Korang Jatuh Cinta?
1. Gamcheon Culture Village
Mesti familiar kan dengan tempat ni? Gamcheon Culture Village adalah antara lokasi wajib pergi di Busan dan mendapat perhatian peminat menerusi drama siri Fight For My War lakonan Park Seo-joon dan Kim Ji-Won! Terkenal dengan susunan rumah berwarna warni memang boleh jadi port ootd korang!
Selain itu, di sini juga korang boleh berlajar budaya dan cara hidup tempatan. Jangan lupa dapatkan cenderahati istimewa sentuhan klasik Korea di sini!
2. Songdo Skywalk
Bila lagi nak berjalan sambil berpegangan tangan di atas jambatan menikmati pemandangan? Songdo Skywalk adalah tarikan sepanjang 365 meter yang sempurna untuk korang nikmati keindahan pantai dan laut di Busan! Selain itu, di Songdo Skywalk ada cable car tau!
Menerusi Songdo Marine Cable Car, korang boleh menikmati pemandangan pantai Songdo pada aras ketinggian 50-meter atas laut! Kalau pasangan anda gayat, masa inilah nak mengusik manja!
3. Busan X The Sky
Busan X The Sky adalah antara landmark di Busan! Telah diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi di Korea Selatan. Di sinilah korang boleh menikmati pemandangan landskap bandar Haeundae, keindahan pantai, dan juga pulau Dongbaekseon. Di Busan x Sky Park juga dilengkapi dengan kafe, kedai makan, galeri seni dan kedai cendera hati. Minum petang sambil layan pemandangan, memang romantik habis!
4. Jagalchi Market
Apalah maknanya kalau bercuti ke Busan tanpa menikmati hidangan laut segar di Jagalchi Market. Jagalchi ini merupakan pasar ikan terbesar di Korea dan semua makanan lautnya adalah segar-segar belaka kerana dibawa terus dari nelayan di pelabuhan ke pasar tersebut.
Di sini ada banyak restoran atau gerai yang menjual makanan laut hidup dan juga yang telah dikeringkan. Kalau korang penggemar sashimi atau sushi, Jagalchi Market ini memang tempat terbaik untuk korang menjamu selera. Ada banyak pilihan makanan halal!
5. Haeundae Blueline Park
Haendae Blueline Park, lokasi sempurna untuk korang layan keindahan landskap semulajadi di Busan. Korang boleh pilih sama ada naik Sky Capsule atau pun tren mini yang comel! Pemandangan di sepanjang perjalanan bermula dari Haeundae Mipo dan berakhir di Songjeong memang memukau! Memang rugi kalau korang tak cuba naik Sky Capsule atau mini tren!
6. Haeundae Beach
Pantai Haeundae adalah antara pantai yang paling terkenal di Busan dan juga paling sering dikunjungi di Korea Selatan. Memang sesuai sangat untuk jadi port piknik korang. Dah penat berjalan apa kata berhenti seketika di Haeundae Beach untuk nikmati keindahan pasirnya yang memutih. Jangan lupa bergambar ketika sunset okay!
7. Skyline Luge Busan
Lokasi kali ini khas untuk pencinta deruan arenalin! Kalau korang mencari satu tarikan yang lebih lasak dan mencabar, Skyline Luge adalah lokasi paling sempurna! Boleh lah korang berlumba dengan pasangan nanti. Siapa kalah, kena belanja makan hehe. Untuk bermain Sky Luge ni memang sesuai untuk seisi keluarga. Korang boleh pilih darjah kesukaran yang sesuai dengan kemampuan diri. Helmet turut disediakan jadi jangan risau!
8. Haedong Yonggungsa Temple
Bila lagi korang nak fe-feeling jadi permaisuri Korea sambil memakai Hanbok? Ha inilah lokasi sempurna untuk korang bergambar bersama insan tersayang. Haedong Yonggungsa Temple adalah salah satu tokong yang sering menjadi pilihan pengunjung. Pemandangan indah ibarat seperti sebuah lukisan. Walaupun sedikit jauh dari bandar Busan, jangan lepaskan peluang untuk singgah okay! View dia memang best gila!
Airasia Super App : RM1459 | Tempah tiket dari 7 hingga 13 Ogos 2023 anda sekarang!