"Ada T-Rex Weh!" - Zoo Hibrid Pertama Di Dunia Tarikan Baharu Di Taman Teruntum, Kuantan

TRAVEL
July 28, 2023 - 05:20 PM


Korang pernah dengar tak mengenai zoo hibirid ni? Konsep zoo ini adalah mempamerkan haiwan hidup dan juga haiwan yang telah pupus. Korang tak salah baca, memang Zoo Mini Teruntum pamerkan haiwan yang dah pupus.

Zoo Mini Teruntum 'menghidupkan' semula haiwan-haiwan purba tersebut menggunakan konsep animatronik sahaja. Serius nampak hidup gila tapi sebenarnya tak pun!

Zoo hibrid ini pertama di dunia dengan T-Rex terbesar di Asia ada di Kuantan. Sesiapa yang minatkan dinosaur tu memang sesuai nak datang ke sini sambil belajar.

Kebanyakan 'Haiwan' Di Sini Semua Dinosaur!

Kawasan Zoo Mini Teruntum yang berkeluasan 4.4 hektar ini menempatkan hanya 30 peratus sahaja haiwan hidup! Yang lain diubah bagi tujuan edu-pelancongan. Antara haiwan hidup yang ada di Zoo Mini Teruntum adalah arnab, seladang, ular, buaya, kuda padi, rusa, unta, burung enggang, merak dan banyak lagi-lah.

Yang menjadi tumpuan semestinya barisan dinosaur yang pelbagai jenis menggunakan teknologi animatronik. Dinosaurs Encounter mempamerkan haiwan purba tersebut seperti brachiosaurus, velociraptor, T-Rex, triceratops dan banyak lagi-lah kalau nak sebut! Semestinya anda akan lebih memahami dan mengenali haiwan-haiwan yang pernah ada di muka bumi ini. 

Anda akan masuk menerusi pagar yang dibina seakan-akan seperti dalam filem ikonik, Jurassic Park dan para pengunjung akan menonton tayangan 3D mengenai haiwan pra-sejarah itu. Kemudian barulah anda boleh pergi dengan lebih dekat dan mempelajari mengenai dinosaur ini. Seronok habis!

Boleh OOTD Juga!

Jika anda suka bergambar, banyak tempat yang sesuai untuk berfoto di Zoo Mini Teruntum ini. Anda boleh memilih sama ada nak bergambar dengan haiwan-haiwan di sini ataupun port lain yang cukup lawa.

Antara port untuk bergambar adalah sarang burung gergasi dan juga rumah Hobbit. Ya, macam dalam filem Lord Of The Rings tu!. Tak perlu pergi ke New Zealand semata-mata untuk bergambar di sana sebab kat sini pun dah ada. 

Tak perlu tunggu cuti penggal persekolahan untuk datang ke sini. Datang je waktu hujung minggu, memang syok kalau bawa anak-anak ke sini yang ingin belajar tentang haiwan pra-sejarah ni. 

Zoo Mini Teruntum

Harga tiket - Dewasa (RM25), Kanak-Kanak (RM22)

Waktu operasi - Setiap hari, 9 pagi hingga 6 petang 

Lokasi : Jalan Padang Golf, 25050, Kuantan, Pahang

Destination: