AMI Suites, Port Staycation Paling Trendy Di KL!

TRAVEL
July 25, 2022 - 12:41 PM


Kalau korang tengah cari port staycation sekitar Kuala Lumpur, memang inilah tempatnya! AMI Suites yang terletak di Mont Kiara, adalah satu lokasi penginapan yang trendy & fun!

Korang boleh tengok sendiri, bertapa cerianya hiasan dalaman, reka bentuk AMI Suites ni. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, ruangan rehat, tv flat skrin dan juga dapur lengkap dengan ruang makan.

Ada 4 jenis bilik:

  1. Snug Studio
  2. Urban 1 Bedroom Suite
  3. Comfy Two Bedroom Suite
  4. Jumbo Three Bedroom Suite

Selain itu, ada restoran tau kat sini. Jadi tak perlu risau kalau perut berbunyi! Antara fasiliti lain adalah Wifi percuma dan juga ruang parkir khas untuk pelanggan

Fasiliti Utama:

  • 2 kolam renang
  • Gim
  • Shuttle ke lapangan Terbang

(Rainbow Lounge)

Antara tarikan berhampiran:

  • Publika Shopping Mall 
  • MATRADE
  • Istana Negara
  • Suria KLCC

Harga untuk satu malam di AMI Suites bermula dari RM185! Untuk maklumat lebih lanjut dan juga tempahan terus ke link amisuites.com

Alamat: G-09, Arte, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

 

Destination: