Digital Sports Arena, Taman Permainan Dewasa Terbaru Di i-City Hanya RM35 Lompat Sampai Puas

TRAVEL
December 21, 2023 - 04:12 PM


Digital Sports Arena, Taman Permainan Dewasa Terbaru Di i-City Hanya RM35 Lompat Sampai Puas | Menjelang hujung tahun ni kan mesti ramai dah ambil cuti panjang untuk berehat bersama keluarga mahupun bercuti untuk "reset" semula diri sebelum menyahut cabaran yang di tahun hadapan. Apa kata anda datang ke i-City Shah Alam kerana ada tarikan baru di sana!

Perkenalkan, taman permainan mesra untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak iaitu Digital Sports Arena! Memang sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga & rakan-rakan pada hujung minggu! 

@pedzulkefli

Tempat luas & banyak games. Kids RM35 dewasa RM45, boleh main puas2

♬ som original - W&K

Ada pelbagai jenis permainan menanti korang di sana! Tak percaya? Boleh layan video dari @pedzulkefli (TikTok) di atas! Dari segi harga pula memang cukup berbaloi kerana anda boleh keluar masuk tanpa had untuk sehari! 

Harga untuk masuk ke Digital Sports Arena:-

 *Tiket anda boleh dapatkan melalui aplikasi icity Superapss atau terus ke https://iticket.i-city.my/products/digital-sports-arena

Jadi tunggu apa lagi? Pergi ajak kawan-kawan di group Whatsapp dan kumpulkan ahli keluarga pada hujung minggu ini! 

Sumber & Kredit: @pedzulkefli (TikTok)

Destination: