10 Tarikan Menarik Di Pameran Interaktif A Minion's Perspective Genting Highlands
TRAVELHujung-hujung tahun ini, cuaca di negara kita selalu hujan. Maklumlah dah masuk musim monsun timur laut, ini menyebabkan banyak plan percutian terpaksa ditangguhkan. Yang kesiannya dekat anak-anaklah, terpaksa duduk terperap dekat rumah.
TAPI! Ada berita baik untuk anda! Apa kata anda bawa anak-anak ke Genting Highlands untuk ------------Pameran Interaktif "A Minion's Perspective"!
Pameran Minion ini tarikan terbaru tau dekat Genting Highlands! Bukan anak-anak je boleh layan, anda yang ibu bapa pun boleh join sekali! Bukan itu sahaja, anda dan anak-anak juga boleh face to face dengan karakter favourite dari filem animasi Despicable Me & Minions!
Ruang pameran ni berkeluasan 18,000 kaki persegi, siap dengan 8 zon istimewa! Kelapan-lapan zon ini akan membawa pengunjung meneroka dunia Minion yang penuh dengan keseronokan. Memang confirm anak-anak akan enjoy punya!
Berikut adalah info menarik yang anda perlu tahu tentang Pameran Interaktif "A Minion's Perspective":
1) Photobooth
Apabila anda masuk sahaja ke ruang pameran, anda akan disambut dengan sebuah ruang luas yang memperlihatkan perkataan Malaysia yang diisi dengan watak-watak Minion. Ruang ini pun sesuai untuk anda mengambil gambar.
Selain itu, photobooth pun ada disediakan juga untuk anda dan anak-anak mengambil gambar kenangan. Tinggal pilih tema dan jenis photo sahaja.
2) Zon Preshow Theater
Ruang ini memaparkan sedutan filem-filem Minion secara ringkas. Ia juga memperkenalkan watak-watak dalam filem Despicable Me dan Minion. Jadi bagi mereka yang kurang familiar, sedutan ini sedikit sebanyak akan memperkenalkan anda kepada filem-filem Minion.
3) Zon Film Showcase
Di ruangan inilah 'pengembaraan' dunia Minion anda dan anak-anak akan bermula! Pelbagai replika dan patung-patung Minion dipersembahkan selain pengenalan dan fakta berkaitan pembikinan filem Minion yang boleh anda hayati.
4) Zon Gru Lab
Ruangan ini pastinya akan menarik minat anak-anak kerana mereka akan masuk ke 'dunia' Gru. Di ruangan ini, anak-anak dapat mencuba beberapa permainan selain dapat melihat dengan lebih jelas patung Gru bersama kapalnya. Antara port best untuk ambil gambar tau!
5) Zon The Girl's Room
Jika anda mempunyai anak perempuan lagi-lagi yang masih kecil, zon ini adalah untuk mereka! Bahagian ini menonjolkan keadaan bilik Agnus Gru yang comel. Siap ada meja solek lagi tauuuu. Haa bolehlah adik-adik yang datang feeling-feeling princess gittewww. Confirm girl-girl suka punyaaaa!
Dekat area ini juga ada permainan yang anak-anak boleh cuba iaitu melukis. Setiap lukisan yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam skrin besar. Bolehlah anak-anak tunjukkan kreativiti yang mereka ada.
6) Zon Villains
Ruangan ini akan membawa anda dan anak-anak meneroka dunia penjahat. Siapa yang layan Minion confirm akan kenal Scarlet. Watak jahat yang utama untuk filem-filem Minion. Bukan itu sahaja, watak-watak jahat lain seperti Vector, Dr Nefario, Eduardo Perez dan lain-lain pun ada.
Satu lagi yang menarik dekat area ini adalah ruangan untuk menari dan permainan melompat dan ingat. Dekat sini, bukan anak-anak je akan enjoy, ibu bapa pun confirm layan juga lagi-lagi game melompat. Siapa yang dapat markah tinggi, gambar mereka akan naik dekat screen tau!
7) Zon Minion
Dalam banyak-banyak zon, Min yakin zon ini yang anak-anak akan suka! Anak-anak pastinya suka dapat bermain dalam lautan bola berwarna kuning putih. Bukan itu sahaja, ada juga permainan membaling bola dan game-game yang menguji minda anak-anak. Confirm anda dan anak-anak akan duduk lama dekat zon ini!
8) Zon Minion Age
Bahagian ini akan menunjukkan usia dan perkembangan Minion yang merentasi masa dan zaman! Dari zaman batu sehinggalah mereka memegang takhta British. Macam-macam zaman yang mereka lalui dan pastinya peminat-peminat akan terkenang akan telatah Minion apabila melihat patung-patung yang tersedia ada.
9) Infinity Hallway
Bahagian ini merupakan penamat kepada sebuah 'pengembaraan' yang anda dan anak-anak lalui. Ia seakan laluan pulang untuk ke dunia realiti. Di kiri dan kanan ruangan ini akan dipenuhi dengan gambar yang menunjukkan kecomelan dan telatah Minion.
Selain itu, terdapat juga port atau ruang untuk anda dan anak-anak mengambil gambar berlatar belakangkan keluarga besar Minion.
10) Jualan Merchandise Rasmi Minion
Area ini disediakan untuk anda dan anak-anak membeli barangan sebagai tanda kenangan. Macam-macam ada tau. Ada baju Minion, buku tulis, poskad, patung dan lain-lain. Untuk golongan dewasa pun ada juga dimana mereka menjual pembakar roti, airfryer, blender dan-lain. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barangan Minion yang eksklusif.
Tiket bermula dari RM59 je. Link pembelian tiket ada di bawah!
:Bermula dari 5/12/2023 - 10/3/2024
:Pavilion Hall, Resorts World Genting
Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak anda berjumpa keluarga Minion di Genting Highlands!!!