Pengunjung Genting Highlands Akan Dikenakan Tol
TRAVELBaru-baru ini, tular sebuah gambar yang menunjukkan pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya. Gambar tersebut mendapat perhatian netizen tentang kemungkinan pembangunan plaza tol di tempat berkenaan.
Menurut laporan dari Sinar Harian, Lingkaran Cekap Sdn Bhd adalah syarikat yang akan mengendalikan tol. Berdasarkan jurucakap syarikat tersebut, pengunjung hanya dikenakan bayaran semasa hendak ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi tersebut.
“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan," katanya.
Bagaimanapun, jurucakap syarikat terbabit tidak dapat mengesahkan tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan.
Sumber: Sinar Harian