Burj Khalifa Bakal Dilengkapi Dengan Cincin Gergasi! Ada Taman Hijau Dan Air Terjun!
TRAVELBandar yang tak akan berhenti dengan pembangunan yang pesat, sudah tentunya Dubai. Belum puas dengan membina bangunan tertinggi dunia Burj Khalifa, firma arkitektur Znera Space telah menghasilkan satu konsep baru yang diberi nama Downtown Cicrle, satu cincin gergasi yang bakal melengkapi Burj Khalifa.
Berada pada ketinggian 550 meter dengan lilitan berukuruan 3000 meter, ditampung oleh 5 tiang yang akan menyokong 5 aras yang mengandungi perumahan, pusat komersial dan juga ruangan budaya.
Bulatan itu akan dibentuk dengan dua cincin yang dicantumkan. Berada di antara dua cincin tersebut, terdapat satu taman yang diberi nama Skypark. Satu taman hijau yang mengandungi air terjun, tumbuhan tropika dan pelbagai jenis flora.
Kelestarian di Langit
Downtown Circle Skypark juga bakal menggunakan air hujan, sistem solar, dan juga satu sistem penstoran karbon, untuk menapis segala pencemaran alam dalam usaha menjaga ekosistem urban ini.
Agrikultur dan Pengangkutan
Menerusi kosep ini, Znera Space berharap dengan ruangan yang tersedia dapat membantu industri agrikultur di Dubai. Selain itu, perkhidmatan tram bakal dijadikan pengangkutan utama untuk pengunjung di Downtown Circle dengan kelajuan 100 kilometer sejam.