"Siap Ada Kain Kiswah Asli Tu!" - Galeri Haji Pulau Pinang Diiktiraf Sebagai 'Galeri Haji Pertama Di Malaysia'

TRAVEL
July 06, 2023 - 03:50 PM


Korang tahu tak sebenarnya di Pulau Pinang selain terdapat banyak tarikan pelancongan dan tempat-tempat makan yang sedap, rupa-rupanya di sana juga ada sebuah galeri yang mempamerkan segala jenis data serta rekod sejarah mengenai perjalanan masyarakat pada abad ke 18 dan 19 untuk mengerjakan ibadah Haji dari Malaysia ke Tanah Suci Mekah.

Menarik, kan?

Lebih istimewa Galeri Haji Pulau Pinang yang telah dibuka sejak 2015 itu juga pada hari ini (6 Julai 2023) telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai "Galeri Haji Pertama di Malaysia"!

Galeri yang terletak di 87, Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang ini juga merupakan tarikan kepada pengunjung Muslim mahupun bukan Muslim yang berminat untuk mendalami ilmu salasilah dan sejarah Haji.

Galeri Haji Pulau Pinang yang dibuka hampir 9 tahun lalu yang merupakan satu-satunya galeri haji seumpamanya di negara ini, diberi pengiktarafan oleh MBOR berikutan keunikan utama muzium itu terletak pada bangunannya iaitu No 87 Lebuh Acheh -- di mana ia pernah digunakan sebagai pusat haji dan pejabat urusan jualan tiket kapal haji yang telah beroperasi dari tahun 1828 hingga tahun 1960-an.

Selain itu, Galeri Haji Pulau Pinang juga terletak di dalam core zone Tapak Warisan Dunia, George Town.

Malah lokasi Lebuh Acheh pula dikenali sebagai Little Jeddah pada masa tersebut kerana menjadi pusat berkumpul jemaah haji sebelum berlepas menaiki kapal haji di Pelabuhan Pulau Pinang.

Di Galeri Haji Pulau Pinang, terdapat lebih dari 50 koleksi dipamerkan. Antaranya :

✅ Kiswah Asli

✅ Koleksi poskad 1950-an

✅ Syiling Empayar Kerajaan Uthmaniyyah

✅ Tong Sahara

✅ Foto kapal haji ke Tanah Suci Mekah

Memang sesuai bawa keluarga jalan-jalan! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melihat keunikan sejarah perjalanan haji suatu ketika dahulu!

Masuk adalah 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀!! 

Galeri Haji Pulau Pinang ini dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

Jika ingin ke sana, anda boleh buat carian di Google Maps / Waze = 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐣 𝐆𝐚𝐥𝐥𝐞𝐫𝐲

Untuk rekod -- Galeri Haji Pulau Pinang telah menerima 10,000 orang pelawat dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada kerabat diraja, duta negara asing serta pembesar negara.

 

Destination: