Ini Yang Menarik Tentang Tarikan Baru Kelantan 'Laman Warisan Kampung Laut' & Cara Nak Ke Sana!

TRAVEL
July 22, 2022 - 12:14 PM


Jika bercuti ke Kelantan korang jangan lupa untuk singgah ke sebuah tarikan pelancongan baharu di sana yang dinamakan "Laman Warisan Kampung Laut"!

Tarikan terbaharu itu terletak di Kampung Laut Kampung Warisan, di tebing Sungai Kelantan, Tumpat, Kelantan.

2 TARIKAN UTAMA LAMAN WARISAN KAMPUNG LAUT

Apa yang best di sana adalah ia menawarkan 2 tarikan iaitu :-

1) Laman Warisan Serunding - 11 lot kedai dengan sembilan pengusaha serunding, dodol dan gelembung buaya

2) Laman Warisan Seni - 12 pengusaha kraftangan, batik, kaligrafi serta wau.

CARA KE SANA

Laman Warisan Kampung Laut ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pusat bandar raya Kota Bharu melalui Jambatan Sultan Yahya Petra, Jalan Kota Bharu - Wakaf Bharu, dan Jalan Wakaf Bharu - Palekbang.

Sebagai alternatif, korang juga boleh menggunakan perkhidmatan bot tambang dari Tambatan Diraja, Kota Bharu untuk ke kampung ini.

Tambahan pula, perjalanan menggunakan bot tambang menyelusuri Sungai Kelantan pastinya satu pengalaman yang cukup menarik.

SUDAH DIBUKA KEPADA PENGUNJUNG SEJAK AWAL JULAI INI

Untuk pengetahuan korang, Laman Warisan Kampung Laut ini telah siap sepenuhnya dan mula dibuka kepada pengunjung domestik dan antarabangsa pada awal bulan Julai ini.

Sambutannya juga sangat memberangsangkan apabila sekitar 300 pengunjung datang pada hari biasa dan jumlahnya meningkat sehingga 700 pengunjung pada hujung minggu.

Tambahan pula, lokasi ini sangat selesa dengan pemandangan menarik selain langkah keselamatan kepada pengunjung dengan pembinaan benteng penghalang banjir.

Namun tarikan paling menarik jika korang ke sini nanti pastinya adalah Masjid Kampung Laut berusia 400 tahun yang telah ditempatkan semula di lokasi asalnya selepas 50 tahun dipindahkan.

Jalan-jalan di sini tentunya korang akan dapat banyak port cantik untuk bergambar cantik! Syok kan!!

Sumber: BERNAMA

Destination: