Kerana Kelalaian Dua Pesawat Bertembung Di Udara, Pengawal Trafik Udara Mati Dibunuh
TRAVELDisaster Over Germany: The Story Of The Überlingen Mid-Air Collision 2002
Pada malam isnin, 1 Julai 2002, BAL Bashkirian Airlines Flight 2937, sebuah pesawat penumpang jenis Tupolev Tu-154 telah bertembung di udara dengan DHL International Aviation ME Flight 611, sebuah pesawat yang membawa kargo jenis Boeing 757.
Kemalangan tragis tersebut telah berlaku di atas ruang udara Überlingen, sebuah bandar selatan Jerman di Lake Constance, berhampiran sempadan Switzerland.
Kesemua penumpang dan anak kapal di kedua-dua pesawat terbunuh, mengakibatkan jumlah kematian sebanyak 71 orang, 52 antaranya adalah kanak².
Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa di atas tanah terjadi kerana serpihan kapal yang meletup dan jasad penumpang yang jatuh, sebahagian besarnya telah jatuh berselerakan ke dalam kawasan tanah lapang dan berhutan.
Keadaan serpihan dan jasad manusia yang jatuh dari langit adalah hampir serupa dengan kejadian MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dulu.
Ketika kemalangan itu berlaku, BAL Bashkirian Airlines Flight 2937 sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Catalonia Barcelona.
Pesawat ini disewa khas untuk membawa kanak-kanak sekolah "on a school trip" atas ganjaran kecemerlangan akademik.
Mereka ke Catalonia untuk menghadiri "Youth Festival" yang dianjurkan oleh UNESCO. Bayangkanlah perasaan ibubapa yang mana anak² mereka menjadi mangsa korban nahas tersebut.
Jasad anak² mereka jatuh bertaburan di suatu kawasan tanah lapang dan ada diantara mereka yang menjumpai sendiri anggota badan mayat anaknya dan barang² peribadi mereka...
Punca utama nahas udara itu berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian pengawal trafik udara (ATC) bernama Peter Nielsen yang bekerja di dua stesen kerja pada masa yang sama.
Pada masa kejadian, seorang lagi ATC bertugas telah keluar untuk berehat sebentar (10 minute breaks), sesuatu yang biasa dilakukan oleh ATC ketika bertugas di waktu malam...
Kebetulan, ketika dia mengambil alih sementara tugas rakannya, datang pula technician ke menara kawalan untuk melakukan kerja² penyelenggaraan.
Ini menyebabkan beberapa talian telekomunikasi tidak dapat digunakan dan ia telah menambahkan lagi "workload" Peter Nielsen itu tadi.
Dalam masa yang sama, trafik udara menjadi sedikit sibuk dan ini menyebabkan dia gagal memberikan fokus kepada 2 buah pesawat yang sedang terbang pada ketinggian yang sama dan menuju ke arah satu sama lain.
Akibatnya dia gagal memastikan pemisahan yang mencukupi dan selamat antara kedua-dua pesawat yang akhirnya membawa kepada pertembungan dua pesawat tersebut di udara.
Satu lagi faktor kepada punca nahas adalah kekeliruan yang timbul akibat gesaan Peter Nielsen selaku ATC yang mengarahkan pesawat dari Rusia itu untuk segera "descent" ketika pelanggaran hampir berlaku.
Sedangkan amaran yang dikeluarkan oleh sistem pengelakan perlanggaran trafik udara (TCAS) dari pesawat terbabit telah mengarahkan pilot untuk "climb", malangnya pilot telah mengikut arahan ATC yang menyuruhnya untuk segera "descent".
Ini juga turut didapati telah menjadi faktor penyumbang kepada kemalangan tersebut. Bak kata orang kita, kalaulah pilot itu mematuhi arahan dari TCAS dan mengabaikan arahan dari pengawal trafik udara bertugas, pasti kemalangan tersebut tidak berlaku.
Adalah menjadi suatu kelaziman di Rusia sebagai negara bekas Soviet, pilot hanya akan mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak atasan yang berauthoriti dan dalam kes ini adalah ATC.
Itulah sebabnya mengapa pilot BAL Bashkirian Airlines Flight 2937 tidak mengendahkan arahan TCAS dalam pesawat yang mengarahkannya supaya "climb" bagi mengelakan pelanggaran.
Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, siasatan telah dijalankan oleh 3 buah negara yang terlibat iaitu Switzerland (yang mempunyai bidang kuasa ke atas ruang udara), Rusia (di mana pesawat Bashkirian Airlines didaftarkan) dan Bahrain (di mana pesawat DHL Timur Tengah didaftarkan).
Ketiga-tiga negara ini bersetuju bahawa "misscommunication" adalah faktor utama yang membawa kepada kemalangan tersebut.
Walaubagaimanapun, ketiga-tiga negara gagal mencapai kata sepakat, di mana dan kepada siapa harus diletakkan kesalahan itu untuk dipertanggungjawabkan di dalam tragedi yang menyayatkan hati itu.
Bahrain selaku pemilik pesawat DHL berpendapat bahawa ATC sepatutnya bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
Switzerland dan Rusia juga tidak bersetuju sama ada juruterbang Rusia harus dipersalahkan dalam kemalangan yang telah mengemparkan dunia itu...
"The Story Of The Überlingen Mid-Air Collision" ini akhirnya berakhir dengan penuh tragis dua tahun kemudian.
“Pada 24 Feb 2004, Peter Nielsen, pengawal trafik udara yang bertugas pada masa perlanggaran, telah mati dibunuh dalam satu tindakan balas dendam oleh Vitaly Kaloyev, seorang bapa warga Rusia yang kemurungan teruk setelah isteri dan dua anaknya menjadi mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu.
Gambar Peter Nielsen, ATC yang cuai dan Vitaly Kaloyev, orang yang telah membunuh Peter Nielsen ada Aku kongsikan di ruangan komen.
Tragedi dan kisah sedih ini kemudiannya telah dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada sebuah filem bertajuk "Aftermath" lakonan Arnold Schwarzenegger pada tahun 2017.
Cuma filem tersebut tidaklah sama dengan kisah yang sebenar kerana diakhir ceritanya, Arnold tidak sampai hati untuk membunuh orang yang bertugas sebagai ATC dalam filem tersebut.
Begitulah kisahnya Disaster Over Germany: The Story Of The Überlingen Mid-Air Collision
Ok panjang dah Aku tulis ni... Bagilah likes sebagai tanda menghargai usaha Aku menulis kisah ini.
Kalau tak Aku merajuklah.. Malas nak kongsikan cerita² nahas udara lagi lepas ni.
Update:
Vitaly Kaloyev membunuh Peter Nielsen pada 24 Februari 2004. Pada tahun 2004, Kaloyev pergi ke bandar Kloten di Switzerland dan membunuh Peter Nielsen, yang telah bersara daripada kerja trafik udara.
Beliau dihukum penjara selama 8 tahun. Hukuman kemudiannya dikurangkan kepada 5 tahun dan setelah dipenjarakan lebih kurang 2 tahun beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 2007.
Kaloyev kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri pembinaan Ossetia Utara–Alania. Pada 2016, selepas bersara daripada kerajaan tempatan Ossetia, Kaloyev telah dianugerahkan pingat serantau tertinggi oleh kerajaannya iaitu pingat "To the Glory of Ossetia".
Pingat itu dianugerahkan untuk pencapaian tertinggi beliau dalam memperbaiki keadaan hidup penduduk, mendidik generasi muda dan menjaga undang-undang dan ketenteraman negara.