Loccal Collection - Resort Ala Santorini Di Indonesia

TRAVEL
May 09, 2023 - 04:12 PM


Anda dah lama mengimpikan sebuah percutian idaman di Santorini, Greece? Tetapi masih belum berkemampuan untuk terbang jauh hingga ke benua Eropah?

Jangan risau kerana percutian impian Santorini anda itu boleh terlaksana hanya dengan terbang ke negara jiran Indonesia iaitu ke Labuan Bajo kerana di sana terdapat sebuah resort terbaru yang dibina persis seperti di Greece iaitu di lereng bukit dengan pemandangan laut yang cukup cantik dan memukau!

Resort ala Santorini itu diberi nama "Loccal Collection" Labuan Bajo.

Menampilkan tema warna Santorini iaitu biru dan putih, resort ini sememangnya menawarkan keindahan yang sangat mempesonakan dengan bonus 'spot sunset' kepada tetamu yang menginap di sini.

Jika anda merupakan pelancong dari Malaysia, untuk ke Labuan Bajo ini anda boleh mengambil penerbangan ke Bali dahulu sebelum tiba ke sini.

Loccal Collection Labuan Bajo ini terletak 135 km dari Lapangan Terbang Frans Sales Lega dan hanya sekitar 10 minit berjalan kaki ke pusat bandar.

Resort ini menawarkan 11 jenis bilik yang kesemuanya mempunyai pemandangan laut yang indah dari bilik Standard, Superior, Deluxe, Suite, Wehang Suite, Lobo Suite, Lentar Suite, Hempa Rae, Villa Cunca, Villa Ranko dan Batu Cermin, dan Sano Nggoang.

Lebih menarik jika menginap di sini anda boleh bersantai dan berenang di infinity pool dengan pemandangan laut serta Teras Langit yang boleh anda nikmati makan malam di teres terbuka sambil enjoy view matahari terbenam.

Setiap inci resort ini mempunyai tempat yang cantik untuk anda bergambar OOTD, malah jika anda ingin merakamkan video menarik pemandangan matarahari terbenam dengan latarbelakang laut Labuan Bajo yang dihiasi kapal-kapal layar juga memang awesome!

Selain bersantai dan berehat di resort -- tetamu Loccal Collection Labuan Bajo juga boleh mengunjungi tarikan pelancongan popular mereka seperti Komodo National Park, Pantai Pink dan Pulau Padar.

 

Destination: