Macam Ni Cara Nak Habiskan Percutian Halal 13 Destinasi Menarik di Selangor

TRAVEL
November 02, 2022 - 01:07 AM


Macam Ni Cara Nak Habiskan Percutian Halal 3 Hari 2 Malam di Selangor. Industri Halal Selangor kian berkembang bagi menambahkan keyakinan buat pelancong muslim di Malaysia. Pelbagai cara dan langkah telah diambil bagi menarik minat orang ramai ke Selangor.

Jika Kelantan dikenali sebagai negeri serambi mekah, Selangor tidak kurang hebatnya tentang destinasi halal yang pasti membuatkan kita bertambah yakin tentang gaya hidup seharian, Namun apakah erti halal buat kita sebagai seorang muslim? 

Halal itu bermaksud bersih, tidak kiralah dari segi pemakanan, pemakaian, mahupun produk penjagaan diri sekali pun ia perlulah bersih, bersih dari segala kekotoran yang kita nampak atau sebaliknya.

Tentang percutian halal di Selangor pula kami sediakan beberapa destinasi buat anda untuk terokai sendiri pengalaman bercuti di Selangor.

10 Destinasi Halal Menarik di Selangor

1. SAUDAGAR NANAS AGROFARM

Segala makanan yang dihidangkan di sini berasaskan nanas. Nanas goreng, karipap nanas, dan yang paling sedap layan adalah jus nanas sejuk ketika waktu panas. Semua nanas hasil dari ladang tersebut. Boleh dikatakan nanas yang disediakan adalah segar. Fresh from the farm.

Kafe yang terletak di puncak bukit dalam ladang tersebut menjadikan pemandangan sangat cantik untuk kita nikmati semasa makan. Selepas makan, jangan lupa untuk dapatkan nanas segar yang dijual murah berbanding harga di pasaran. Tidak lupa juga terdapat produk lain yang berasaskan nanas seperti sos cili nanas dan sebagainya.

Lot 3000, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor

Contact : 010-2882987

2. HOUSE OF KAMBING

Terletak di MAEPS Serdang, anda boleh enjoy keenakan kambing bakar di sini sambil menikmati pemandangan ladang sekeliling yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan. Selain itu, anda juga boleh bermain dengan pelbagai haiwan ternakan mereka di sana termasuklah kambing, unta dan juga rusa!

Apa yang special tentang daging bakar di sini adalah, mereka hanya menggunakan kambing muda yang tidak melepasi umur setahun. Ini supaya daging yang digunakan berasa lebih enak dan tidak berbau hamis. Wajib cuba!

Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor

Contact : 012-2823430

3. CHATIME MALAYSIA HQ

Siapa yang tidak kenal dengan jenama ini kan? Chatime antara kedai minuman yang terawal di Malaysia menyediakan pelbagai jenis pilihan air dan rasa yang menarik. 

WILL GROUP, Level 18, Block A, Menara Mustapha Kamal, 8, Jalan PJU 8/8A,Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Contact : 012-7730761

4. DERMALENE SKIN CARE (Shah Alam)

Mereka menyediakan sesi rawatan dan terapi untuk segala masalah kulit. Bukan sekadar kulit yang berjerawat dan berjeragat semata. Malah bermula daripada penyakit kulit seawal bayi seperti eczema sehinggalah kulit bermasalah yang dihadapi oleh orang tua.

Melihat keadaan klinik dan juga barangan untuk rawatan adalah terbaik. Pengkhususan terhadap sesuatu masalah menjadikan kita fokus untuk dirawat mengikut saluran yang betul. Bukan sekadar menjual produk dan biarkan kita guna tanpa sebarang nasihat. Setiap ubatan dan cara rawatan mempunyai surat sokongan dan semua dijamin dan diyakini Halal.

Misi Dermalene ingin menjadikan satu pusat rawatan khas untuk kulit seperti mana rawatan untung jantung wujudnya Institut Jantung Negara. Jadi, tempat mereka menjadi satu tempat untuk kita rujuk bagi masalah yang melibatkan kulit.

B-LG-7, Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Contact : 012-6777617

5. MUTIARA FIGS GARDEN

Mereka mempunyai ladang namun tidak dibuka untuk pengunjung. Sekiranya ingin ke sana, perlu membuat temu janji terlebih dahulu di www.mutiarafigs.com. Hal ini kerana mereka ingin menjaga pokok tersebut daripada banyak sentuhan daripada orang ramai. Dimaklumkan bahawa pokok ini amat sukar dijaga dan sangat sensitif.

Lot 4144, Jalan Ikhsan, kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam

Contact : 017-6536977

6. SISIK MEDAN IKAN BAKAR

Sebut sahaja mengenai hidangan makanan laut terbaik di Shah Alam dan Selangor, pastinya Restoran Sisik Medan Ikan Bakar menjadi pilihan warga tempatan. Terkenal dengan sajian ikan bakar serta menu makanan laut yang segar dan berkualiti, restoran ini semestinya menepati selera mereka yang hadir untuk menikmatinya.

Terletak di bandar Shah Alam yang cukup sinonim dengan kepelbagaian makanan autentik masyarakat tempatan, Sisik Medan Ikan Bakar tampil dengan keunikan tersendiri menerusi menu berasaskan ‘seafood’ yang disediakan dengan pilihan masakan menarik dan enak.

No. 1A, Jalan Aerobik 13, 43, Persiaran Kayangan, Seksyen 13, 40700 Shah Alam, Selangor

Contact :016-2240474

7. AYAMAS

Ayamas bertapak dalam industri makanan bertahun lamanya serta menjaga kebersihan mengikut garis panduan halal yang sepatutnya. Ayam yang popular seperti Golden Chicken dan beberapa menu lain yang bertukar mengikut waktu pasaran semasa. Sempat juga merasa keluaran produk baharu mereka seperti kari laksa , oden dan pelbagai lagi.

8. ANGGUN ABAYA DUBAI

Halal bukan sahaja daripada aspek pemakanan. Program Halal Selangor kali ini ingin membawa halal daripada aspek pemakaian yang patuh syariah juga penting. Jadi, kedai Anggun Chitra yang terletak di Bukit Jelutong ini memasarkan pakaian abbaya dan beberapa jenis pakaian yang didatangkan dari Dubai dan Indonesia.

Mereka juga ada membuat jualan secara dalam talian dalam aplikasi Shopee Anggun Chitra Official Store

G-16, Radia Retail, Persiaran Arked, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam

Contact: 019-449 9123

9. AKU SUKA KOPI (ASK)

Bagi penggemar kopi, jangan lepaskan peluang untuk minum-minum kopi di sini. Pelbagai jenis kopi dan boleh dikatakan semua premium kerana orang yang berada dibelakang tabir bukan calang-calang. Mereka tahu dan pakar berkenaan kopi. Daripada bau, tekstur serta rasa kopi mereka dapat bezakan dan tahu bagaimana untuk memenuhi citarasa pelanggan yang datang.

13, Jalan Astaka M U8/M, Bukit Jelutong, 40100 Shah Alam, Selangor

Contact : 011-39956205

10. ONE SERAMBI CAFÉ

Mencari kafe yang selesa yang juga menyajikan hidangan yang enak-enak? One Serambi Cafe merupakan antara tempat makan di Bukit Jelutong yang terbaik untuk itu.

Menyajikan hidangan selera Barat yang berbagai jenis. Dari makanan berat, pencuci mulut dan minuman, semuanya ada.

Antara menu yang boleh anda cuba ialah Lamb Burger, Lamb Shank, Squid Ink Olio Seafood, Grilled Striploin dan Grilled Chicken.

Selain makanan yang lazat, suasana dan dekorasi di dalam kafe ini juga sangat menarik perhatian. Kafe ini beroperasi seawal jam 9:30 pagi sehingga jam 11 malam setiap hari kecuali Isnin.

1-G, D’Bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Contact : 03-77347700

11. AMIRUL GROCER SEKSYEN 15, SHAH ALAM

Mereka menyediakan barangan keperluan harian yang halal. Amirul Grocer memasarkan kebanyakkan adalah barangan muslim dan bumiputera. Satu inisiatif grocer begini dapat membantu produk lokal dan bumiputera untuk menempah nama di mata masyarakat.

Baru-baru ini mereka menyediakan ayam segar atas permintaan pengunjung yang sering membeli barangan di grocer. Dimaklumkan bahawa ayam segar yang mereka jual datang daripada kandang ayam mereka sendiri yang terletak di Perak. Jadi, mereka dapat menjual ayam segar tersebut dengan harga yang murah. Selain, daripada ayam segar, banyak juga pilihan makanan sejukbeku yang mereka sediakan.

No 1, Jalan Linggis 15/24, Taman Perindustrian Linggis, Seksyen 15,40200 Shah Alam, Selangor

Contact : 016-5292009

12. SINGGAH RASA NASI RAJA SALAI

Warga Selangor tidak perlu berjalan jauh ke negeri lain untuk menikmati makanan salai kerana boleh didapati di Raja Salai. Semua jenis makanan akan di salai seperti itik, daging, ayam, serta ikan keli. Bagi mereka yang suka menyedut, boleh cuba siput sedut masak lemak. Kebiasaan pelanggan datang waktu makan tengah hari. Disarankan untuk datang lebih awal supaya tidak beratur panjang di kaunter untuk pilih makanan. Harga pula tersangat berpatutan.

Lot 7709, Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36, Kampung Sungai Kandis, 40470 Shah Alam

Contact: 0111 7524403

13. CHOCOLATE MUSEUM

Sebelum ini pasti kita pernah mendengar akan kehebatan Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Hershey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman di mana sudah pasti ramai penggemar coklat ingin ke sana.

Namun, rupanya di Malaysia sendiri rupanya terhadapat sebuah muzium coklat yang cukup moden dan menarik untuk dikunjungi oleh penggemar-penggemar coklat yang sudah pasti membuat anda rambang mata.

Apa yang menarik tentang muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini, pengunjung yang tidak pernah memegang biji kopi atau koko, anda dapat berbuat demikian di sini, bahkan anda akan dapat melihat sendiri bagaimana rupa raja koko Afrika selain dapat melihat replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.

Muzium yang menggunakan konsep ‘3E’ di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli-belah (enjoyable shoppings) menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir.

2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 477810 Petaling Jaya, Selangor

Contact : 03-74904260

------------

"Mencari yang Halal itu adalah Fardhu ( Wajib ) bagi setiap umat Islam"
Maksud Al Hadis riwayat Ad Dailami.

Adakah anda menitikberatkan halal dan haram dalam kehidupan seharian? Mari kita bincangkan bersama-sama. Semoga kita bersama mendapat pengajaran dan ilmu dengan perbincangan ini.

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.

 

Destination: