Mantap! Ini Rekaan Grafik Baharu Pesawat Airbus A330Neo Malaysia Airlines

TRAVEL
July 12, 2024 - 05:59 PM


Airbus A330 berupaya memuatkan antara 220 hingga 330 tempat duduk serta terbang sejauh 15,100km. Airbus A330Neo adalah versi pesawat yang telah dilancarkan pada tahun 2014 dahulu. 

Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines telah mendedahkan rekaan grafik baharu yang sedang disiapkan pada pesawat Airbus A330Neo.

Daripada imej-imej yang dikongsikan, pesawat penumpang baharu milik syarikat itu akan diliputi dengan grafik penuh bendera Malaysia dengan rekaan yang begitu menarik sekali.

Airbus menyatakan, pesawat ini menawarkan kos operasi yang lebih rendah dengan menyatukan teknologi sayap yang dipertingkatkan daripada A350 dengan enjin Rolls-Royce Trent 7000 yang cekap tenaga.

Malah, untuk versi A330neo terkini, ia mengurangkan sehingga dua angka dalam pelepasan CO2 pembakaran bahan api, menjadikan ia sebagai pengangkutan udara yang lebih mampan.