Nak Percutian Di Eko-Rimba? Ini 5 Taman Negara Di Malaysia Yang Patut Dilawati!

TRAVEL
July 10, 2023 - 12:49 PM


Malaysia mempunyai banyak taman negara dan lebih 30 kesemuanya sama ada di darat mahupun di laut atau marin. Kebanyakan Taman Negara Malaysia yang popular seperti di bawah turut mempunyai kemudahan penginapan yang selesa serta pakej menarik untuk pengunjung melakukan aktiviti eko-pelancongan.

Untuk pengetahuan korang, kesemua taman negara yang ada di Semenanjung Malaysia di bawah penjagaan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, kalau di Sabah di bawah Jabatan Hidupan Liar Sabah dan di Sarawak pula di bawah Jabatan Perhutanan Sarawak.

Min sediakan korang 5 taman negara yang ada di Malaysia yang paling popular dan sering menjadi kunjungan pelancong, berserta beberapa cadangan penginapan menarik. Semoga memberi idea untuk satu percutian yang mencabar bersama kawan-kawan atau family day.

1. Taman Negara Pahang, Pahang

Taman Negara merupakan taman negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Di sini terdapat pelbagai tarikan aktiviti hutan dan sungai yang boleh dilakukan oleh pelancong.

Majoriti penginapan di sini menawarkan pakej-pakej menarik untuk aktiviti menikmati keindahan flora dan fauna di Taman Negara. Antara aktiviti yang paling best di sini ialah Canopy Walkway (terpanjang & tertinggi di dunia), melawat sanktuari kelah, junggle trekking, melawat Kampung Orang Asli dan menerokai gua.

Salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran pengunjung datang ke sini adalah rapid shooting. Aktiviti ni serius best. Bukan main tembak tembak pistol tau. Dia lebih macam lumba-lumba antara bot. Kita akan menyelusuri sungai berlawan arus dan main cucuk-cucuk macam dengan bot lain macam cerita Fast Furious tu.

Memandangkan Taman Negara ini sangat popular, maka banyak pertumbuhan industri penginapan di sini sama ada chalet, homestay, hotel ataupun resortTerpulang kepada bajet masing-masing, anda boleh menginap di hotel ataupun chalet untuk yang lebih murah. Antara penginapan yang popular di sini ialah Taman Negara Mutiara Hotel, Durian Chalet,  Liana Hostel dan Taman Negara Agoh Chalet.

2. Taman Kinabalu, Sabah

Taman Kinabalu merupakan taman negara di Malaysia yang telah dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia Oleh UNESCO pada tahun 2000 dan ia merangkumi kawasan hutan dan pergunungan berkeluasan 750km persegi.

Salah satu tarikan yang utama di sini ialah sudah tentu Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Asia Tenggara. Selain mendaki ke puncak gunung, pelancong juga berpeluang menikmati keindahan tumbuh-tumbuhan Borneo yang unik dan memerhati pelbagai spesis burung-burung liar di sini.

Penginapan di sini juga banyak menawarkan kemudahan yang selesa dan antara yang popular ialah di Celyn Resort Kinabalu Kinabalu National Park, Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa dan Kinabalu Pine Resort Taman Negara Kinabalu.

3. Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Sabah

Taman Negara Tunku Abdul Rahman merangkumi rumpunan lima buah pulau di Sabah iaitu Pulau Sapi, Pulau Gaya, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Kawasan Taman Negara Marin ini bermula hanya beberapa kilometer dari Kota Kinabalu dan merangkumi 1/3 kawasan di darat dana 2/3 dan selebihnya berada di dalam laut.

Salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang terletak di dalam Taman Negara Abdul Rahman ialah Pulau Sapi. Pelancong boleh ke Pulau Sapi dari jeti atau Terminal Jesselton Point di dalam bandar Kota Kinabalu. Terdapat beberapa resort yang menyediakan penginapan di dalam kawasan Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan antara penginapan atau resort yang popular ialah Bunga Raya Resort, Gaya Island Resort dan juga Gayana Eco Resort.

4. Taman Negara Mulu, Sarawak

Kalau korang merancang untuk ke Sarawak, tempat yang korang patut cuba iala Taman Negara Mulu ni. Inilah dia taman negara yang paling besar dengan keluasan kawasan sehingga 528km per segi. Salah satu tarikan ikonik yang menjadi tumpun pelancong di sini ialah gua-guanya seperti Fairy Cave, Deer & Lang Cave dan Fastlane.

Tarikan kedua agak mencabar untuk dilihat secara dekat ialah Pinnacles yang merupakan batu-batuan kapur yang meninggi memuncak seperti dalam filem Avatar tu. Selain gua-guanya yang besar dan panjang di sini, pelancong juga boleh melakukan aktiviti lain seperti canopy walk, menyusuri sungai dengan bot, meredah hutan dan bermacam-macam lagi.

Pengunjung boleh berurusan dengan pihak hotel dan penginapan menerusi laman web Mulu Park Accommodations & Facilities yang mempunyai pelbagai pakej pelancongan yang menarik sambil mencuba aktiviti menarik di sini.

5. Taman Negara Bako, Sarawak

Taman Negara Bako merupakan taman negera tertua di Sarawak meliputi kawasan seluas lebih 2,000 hektar. Ianya terletak tidak jauh dari Kuching yang hanya terletak 35km dan boleh dikatakan taman negara paling kecil di negeri Sarawak. Walaupun kecil ianya tidak pernah lekang daripada menerima pengunjung.

Korang boleh jumpa bermacam-macam jenis flora dan fauna yang ada di hutan Borneo dan apa yang menarik adalah ia berada di kawasan berteluk tepi pantai. Walaupun Taman Negara Bako kecil daripada taman negara yang lain tetapi ianya lebih pilihan tarikan baik dari segi hutan hujan, hidupan liar, air terjun pantai dan batu-batuan.

Binatang yang paling eksotik korang dapat jumpa kat sini ialah Proboscis Monkey (monyet berhidung besar) yang turut menjadi maskot Malaysia Year of Festival (MYFest) 2015.

Pelancong boleh menginap di mana-mana hotel di Kuching kerana ianya terletak tidak jauh dari pusat bandar tersebut dan sangat mudah diakses. Antara hotel dan penginapan yang terbaik adalah Riverside Majestic Hotel, Hero Hostel, BB Bunkers dan Ariva Gateway Kuching.

Taman-taman negara di Malaysia terutamanya 5 yang teratas tadi sering dikunjungi pengunjung bukan setakat di dalam negara, bahkan dari luar negara pun cukup ramai ke sini. Seronok jika korang menikmati pemandangan dan suasana percutian eko-rimba ni walaupun ada yang di pedalaman dan tersorok daripada kemajuan.

Jika bercuti ke taman-taman negara ni hendaklah korang menjaga keindahannya dengan tidak mengusik flora dan fauna di sana serta menjaga kebersihan.