Pameran One Piece "The Great Era of Piracy" di Malaysia Mac 2023, PERTAMA & TERBESAR di Asia Tenggara

TRAVEL
February 23, 2023 - 01:05 PM


Pameran One Piece "The Great Era of Piracy" di Malaysia Mac 2023, PERTAMA & TERBESAR di Asia Tenggara. Korang peminat anime paling lama 'on air' di Jepun? Khabarnya ada berita best yang baru sahaja diumumkan! One Piece khabarnya bakal berlabuh di Malaysia! One Piece "The Great Era of Piracy" Exhibition Asia Tour bakal menjadi ekspo One Piece PERTAMA & TERBESAR di Asia Tenggara. 

Ekspo interaktif  One Piece " The Great Era of Piracy " sebelum ini yang diadakan di Hong Kong telah memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi yang seterusnya. Lokasi rasmi masih belum diumumkan lagi jadi standby untuk info selanjutnya!

Namun, setakat ini secara rasmi eskpo One Piece ini bakal menerima pengunjung dan 'nakama' bermula dari 23 Mac 2023!

Peminat anime One Piece bakal berpeluang bersemuka dengan Luffy dan lanun-lanun 'The Straw Hat Pirates".

Selain itu, terdapat banyak figura karakter lain bersaiz sebenar, permainan AR interaktif yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Tak cukup dengan itu, anda juga boleh menyusuri Wano Country Street sambil layan mini carnival dan berpeluang memenangi beberapa hadiah eksklusif! 

Tak lengkap jika anda berkunjung ke sini tanpa membawa pulang barangan rasmi One Piece yang ekslusif sempena One Piece "The Great Era of Piracy" Exhibition Asia Tour! Jadi jangan lepaskan peluang dan nantikan berita dan maklumat selanjutnya dari kami!

Link Pembelian Tiket: https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll

 

 

 

 

 

Destination: