Pengalaman Pertama Pun Dah Teruk, Ini Tips Terbang Bersama MYAirlines Dari KLIA ke Pulau Langkawi
TRAVELBerkesempatan untuk merasai pengalaman terbang bersama MYAirlines dalam penerbangan Pertama Mereka ke Pulau Langkawi pada 1Dec 2022.
Untuk Makluman semua,Penerbangan MYairlines beroperasi dari KLIA2 jangan ada pulak yang datang ke KLIA.
Penerbangan Pergi : Z97701
Check in
Boleh check in melalui webcheck in seawal 72jam sebelum waktu Penerbangan . Untuk Kaunter check in ,yuran sebanyak RM20 dikenakan. Buat masa ini yuran ini dikecualikan dan saya pun ambil peluang untuk check in di kaunter bagi mendapatkan fizikal boarding pass MYairlines.
Kaunter Z dikhaskan untuk penerbangan MYairlines.
Boarding time
Boarding bermula 30mins sebelum waktu berlepas,Memandangkan ini penerbangan pertama ke Langkawi, Ground ops /Team MYAirlines menawarkan sesi bergambar bersama mereka. Perlepasan mengikut Zon A,B&C dan setiap penumpang di sambut oleh wakil pengurusan syarikat dan yayy dapat goodies beg ,dalam tu ada air mineral dan notebook. Pesawat berlepas on time
Cabin service
Cabin Crew
Cabin Crew MYAirlines ada Lelaki okay tapi tak ramai,maybe sebab airlines baru lagi.
Untuk Penerbangan ke Langkawi semua set crew pramugari.
Safety briefing Ketua pramugari agak kekok & Nada Announcement agak kaku,English pun macam tak fluent.
Bagi Penerbangan pulang Ke Kuala Lumpur, ada set pramugari&pramugara.
Semua Announcement & safety briefing very fluent & tip top mcm well experienced cabin crew.
Uniform very casual, Ala-ala cabin crew Cebu Pacific air dan yang penting sopan
Meals
Nampak cabin crew agak kekok sebab ada VIP dalam pesawat duduk di preferred seat Row 1-3,Cabin crew serve mereka dulu almost 20mins, saya ada pre book nasi lemak dan saya sendiri kena tanya cabin crew masa tu mereka baru nak cari PAX manifest.
Setiap hidangan tidak termasuk complimentary air mineral,jadi kalau nak book makanan pastikan beli air sekali. Nasi lemak portion ayam agak sedikit,bilis&kacang tak dapat langsung sedangkan dalam iklan ada. saya panggil nasi lemak ayam togel.
Seat
All Single economy class 180 tempat duduk bagi pesawat Airbus A320-216 MYairlines.
- Prefered seat Row 1,12&14
- Prefered Seat Row 2-5
- Standard seat Row 6-8
- Stanbdard seat Row 9-11
- Standard seat Row 15-18
- standard seat Row 19-31
Kesemua harga untuk memilih tempat duduk bermula dari RM10- RM48 ,online & kaunter harga berbeza boleh check di wesbite myairlines.my/fares-fees.
1. Kesemua seat tidak boleh di adjust kerana mmg dh reclined.
2. Leather seat
3. Kerusi agak nipis,macam seat AirAsia Airbus A321
4. prefered & standard seat agak spacious berbanding AirAsia dan tiada beza pun untuk Myairlines keduanya spacious tapi untuk long haul flight . Dan untuk preferred seat tiada neck rest.
5. Armrest agak kecil,pendek dan tipis,nak letak tangan pun tak best,kalau tertido confirm terjatuh ke bawah.
Toilet
Toilet bersih cuma Handwash langsung tidak dibekalkan,tekan-tekan banyak kali langsung tak keluar. Memang tak refill, agak mengecewakan sebab 1st flight kot. First impression tu penting.
Flight arrived on time, Sewaktu ketibaan di Langkawi pesawat di sambut dengan Traditional water cannon salute untuk meraikan penerbangan pertama MYairlines ke Langkawi,life time experience untuk historic flight MYairlines.
Pulang semula ke Kuala Lumpur petang itu juga dengan penerbangan Z97704.
Overall untuk RM106 pergi balik sangat berbaloi untuk merasai pengalaman penerbangan pertama ke Langkawi bersama MYAirline Sdn Bhd
Perkongsian: Travelogue Mr Backpacker