'Suria Cherating Beach Resort'- Hotel Yang Dikelilingi Lanskap Tropika

TRAVEL
October 17, 2023 - 03:00 PM


Jika anda merancang untuk bercuti di kawasan perkampungan yang dikelilingi lautan indah di Pantai Timur Malaysia, Cherating adalah tempatnya. Tapi seperti biasa, sebelum nak bercuti kemana-mana, mesti kena buat research dulu kan? Dekat mana nak menginap, ada apa dekat tempat tu? Murah ke mahal ke?

Haa, korang jangan risau. Min nak suggest dekat korang salah satu resort yang not bad harganya kalau korang nak holiday dekat Cherating. 

Jeng jeng jeng...

Resort tersebut adalah .... Suria Cherating Beach Resort. Mesti ramai yang tanya apa yang ada dekat resort ini kan? Jom! Mari Min terangkan.

Resort ini berada dekat je dengan Laut China Selatan dan memberi pilihan kepada anda untuk memilih sama ada bilik dengan pemandangan laut ataupun taman. Kawasan di sekitar resort pula dikelilingi oleh pokok-pokok pine dan lanskap tropika yang menyejukkan pandangan mata.

Banyak juga kemudahan yang ada dekat resort ini. Antaranya adalah:

  • Perkhidmatan dobi
  • Ruang letak kereta yang percuma
  • Wi-Fi
  • Kiosk sneak
  • 2 Gerai Makan di Tepi Kolam (3.30 petang – 7 malam)
  • Saluran Astro Terpilih
  • Taman Permainan Kanak-kanak Outdoor & Indoor
  • Kolam renang

Untuk taman permainan indoor pula, anda dan keluarga boleh bermain Pingpong, Congkak, Catur, Carrom, dan Monopoli. 

Selain daripada itu, terdapat juga perpustakaan bagi anda yang suka membaca dan menginginkan pembacaan dalam keadaan yang senyap dan tenang.

Dan yang paling best adalah kawasan outdoor, tempat bermain netball yang mana dekat dengan pantai. Jadi aktiviti-aktiviti pantai pun anda boleh lakukan bersama family tercinta.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Cherating Resort

Destination: