![](/sites/all/themes/rileklah_v2/img/wide-transparent.png)
Taman Kucing Tasik Cyberjaya! Syurga Buat Pencinta Kucing!
TRAVELMarch 20, 2023 - 05:45 PM
Ada berita baik buat pencinta kucing! Satu taman kucing baru sahaja dibuka di Tasik Cyberjaya.
Untuk pengetahuan semua, Taman Kucing Cyberjaya dibina bertujuan memberi perlindungan kepada kucing terbiar di sekitar Sepang bagi memastikan ia terpelihara dan tidak berkeliaran tanpa hala tuju.
Taman ini dilengkapi dengan sebuah pejabat, ruang istirehat, klinik termasuk unit rawatan rapi, unit pemulihan dan unit rawatan ibu dan anak kucing.
Turut diperkenalkan di taman ini adalah program 'adopt and release' iaitu menyediakan tempat tinggal dengan persekitaran sesuai dan terkawal serta bebas bermain di sekitar taman ini.
Waktu dan Hari Dibenarkan Masuk
Hari : Ahad
Waktu : 8:30 pagi - 11:30 pagi & 4.00 petang - 6:30 petang
Destination: