Tren Shuttle Padang Besar-Hatyai Kembali Beroperasi Bermula 15 Julai!
TRAVELBerita gembira! Tren dari Padang Besar-Hatyai kembali beroperasi bermula dari 15 Julai 2022! Kalau korang inginkan satu perjalanan yang lebih selesa lebih baik beli tiket ETS 'Business Class'.
Fasiliti yang disediakan cukup lengkap, antaranya:
1. Akses 'Ruby Lounge' yang selesa
2. Paparan hiburan ' touch screen'
3. USB dan soket elektrik
4. Wifi percuma
5. Kit ameniti
6. Cafe
7. Surau
8. Tandas
*Nota penting: Korang tetap perlu turun di stesen Padang Besar dan terus ke Imigresen Thailand untuk pemeriksaan imigresen. Setelah selesai, baru boleh teruskan perjalanan sama ada mengambil bas, tren shuttle, minivan atau teksi ke Hatyai.
Panduan setelah tiba di Hatyai
Keretapi - kalau korang travel berdua atau backpackers style, bolehlah cuba naik ni dari stesyen padang besar. Ada 2x sehari, pagi jam 10am dan petang jam 4pm. Seat terhad, kalau korang lambat mmg akan penuh dan xdapat dduk la selama 45minit ke hatyai. Harga tiket sangatlah murah RM7/orang.
Mini van - untuk yang travel dalam jumlah yang besar, boleh dapatkan khidmat van ni dari stesyen ets padang besar. Harga RM20/orang. Biasanya satu van ada 10 seat nanti dorang akan tunggu 10seat penuh baru van jalan dan akan hantar korang sampai ke hotel Hatyai.
Korang boleh membuat tempahan tiket di link yang berikut: https://online.ktmb.com.my
Kalau korang perlukan lebih banyak info, boleh terus ke artikel Train Travel: Cara Perjalanan Dari KL Sentral ke Hatyai Menaiki ETS