Train Travel: Cara Perjalanan Dari KL Sentral ke Hatyai Menaiki ETS

TRAVEL
March 17, 2022 - 05:10 PM


Atas permintaan rakan-rakan sekalian jom saya share kan cara perjalanan dari KL sentral ke Hatyai menaiki ETS serta tempat makan yg menarik boleh di dapati di sana.

Ok untuk tiket korang boleh beli dari apps KTMB, download dr apps store tau (dari apps ni korang bole beli utk 2org, so kalau nk beli utk 4org korang kene lah buat 2x)

  • Harga tiket dewasa : RM76
  • harga tiket kanak2 : RM42 (umur 4tahun ke atas)

Antara tempat makan dan shopping yang menarik boleh korang lawati kt Hatyai adalah :

  • Asean Night Bazaar
  • Chambura Dim Sum
  • Greenway Night Market
  • Khlong Hae Floating Market
  • Khloeng Hae Seafood buffet Halal
  • Lee Garden Plaza Mall

(Boleh tengok cerita tempat-tempat ni pada gambar)

Macam aku bergerak dr KL sentral petang so sampai di padang besar jam 12.10 tengah malam, so aku rekemen korang ambil homestay dengan bader ni, nama sama mcm aku. Homestay dia amatlah bersih dari habuk (aku ni allergic habuk) dan owner dia amat membantu dari segi contact grab dan lain2 info nak ke hatyai. @padang besar homestay firdaus nama page nya dan contact en. Firdaus ni +60135805324.

Okay kalau untuk masuk ke hatyai dari padang besar ada beberapa cara :

Keretapi - kalau korang pegi kapel atau backpackers style korang bolehlah naik ni dr stesyen padang besar. Ada 2x sehari, pagi jam 10am dan petang jam 4pm. Aku dengar keretapi ni jenis lama dan seat terhad, kalau korang lambat mmg akan penuh dan xdapat dduk la selama 45minit ke hatyai. Harga tiket sangatlah murah RM7/orang.

Mini van - untuk yg berderet anak mcm haku ni boleh lah korang dapatkan khidmat van ni dr stesyen ets padang besar, kebiasaannya dorg dah tunggu kt gate korang keluar dr ets . Harga mereka cas RM20/orang. Biasanya satu van ada 10 seat nanti dorang akan tunggu 10seat penuh baru van jalan dan akan hantar korang sampai ke hotel hatya.

Macam kes aku aritu lain sikit, aku naik van juga tapi dari stesyen van padang besar thailand, kos dia mcm murah sikit dari mini van yg biasa korg dengar RM20/seat tu. Aku ambil kereta dr stesyen ETS padang besar, driver bawak kami ke boarder untuk imigration clearance Malaysia dan Thailand kemudian dia hntar kami ke stesyen van padang besar thailand. Kos RM30/trip (boleh naik 2dewasa 3 kanak2). So dari stesyen van ni aku naik sampai ke hotel hatyai dengan harga 50baht/seat.

Ok untuk transportation korang sekitar hatyai aku xdelah melarang korang nak naik tuk-tuk, tapi seeloknya korang naik grab utk menuju ke destinasi yg korang nak pegi dengan harga yg lebih terjamin. Mungkin korang nak naik tuk-tuk sekadar pengalaman korang bawaklah anak naik satu trip dr tempat makan ke hotel utk last day korang kt sana (carilah org muslim #bmf).

Ok tibalah masa untuk pulang dari hatyai ke padang besar, yang nak naik keretapi atau van RM20/seat boleh naik macam biasa, aku ambil kereta dari hotel terus ke padang besar macam biasa sbb anak kecil dan nak kan keselesaan supaya dorang x merengek. So untuk kereta ni biasa mereka charge 1000baht sampai imigration Malaysia.

Ni contact driver +66 86 293 2475 namanya abg mukhriz,asal dari thailand tapi fasih cakap utara(senang sketlah korang nak berurusan).

Haaa ni ada sket lg info, kalau korang dtg hatyai hotel xprovide iron ya, kalau bini korang jenis pakai tudung/shawl DUCK ke Ariani keee Bella Ammara keee bawaklah sendiri iron tu atau bole beli di asean night bazaar. Jangan lupa juga extension plug interntional sbb plug dorg tak sama mcm kita.

Okay gaissss, ni sahaja sharing dari aku (type dalam ets menuju ke kl sentral) utk korang, kalau nak share dan parking kat wall korang pun silakan, buat rujukan korang di masa akan datang kalau nak pegii nanti.

\Kalau korang bawak stroller untuk anak, pilih Coach D dan ambil seat paling depan sekali, ada untuk korang parking stroller baby tersebut. Pastu korang jangan lupa bawak jacket atau sweater, dalam ETS sejuk glers bhaiii

Dalam ETS ada ruang solat yg selesa beserta tempat wudhu, kain pelikat dan telekung. Kalau korang nak jamak makesure lepas selsai solat pertama dan nak mulakan solat kedua kene check arah kiblat semula sbb kiblat akan bertukar arah.

Dalam ETS juga ada cafe untuk korang beli makan dan minuman, size dan rasa dia standard dlm penerbangan punya lah kan. Harga makan RM8.50 dan air aku xpasti sebab aku bawak dr rumah.

Ok ni sebelum bertolak masuk ke boarder, aku dapat driver yg hntar ke stesyen van padang besar thailand kt bulatan ni lah, dia tunggu tepi divider waktu kami turun grab dr homestay.

Ok ni dah selesai cop pasport dan scan bag di imigration thailand

Okaayy ni lah hotel yg aku stay, aku rekemen korang amik hotel ni sebab :

  • - 500m jurrr ke asian night market (jalan kaki 7mnt)
  • -800m jur ke greenway night market
  • -150m ke diana kompleks
  • -hotel ni sediakan breakfast yg halal
  • -hotel ni ada prayer room

Okay ni asean night bazaar port korang nak beli sourvenior ke alatan elektrik mcm travel iron ke, plug point ke dan lain2 lagi.. Kat tingkat atas ada port makan boekk punyeee.

Jemput makan tuan-puan kalau ada gout bawak ubat la hanatttt

Okay kedai ni breakfast smpai lunch. Dia bukak dari jam 6am-2pm. Sepinggan kecil 15baht yg besr 20baht.. Korang melantak lah sampai puas.. Semua mur2 dan sedap glerssss

Ok kalau korang ada anak belikan lah bekas air yg diperbuat dari tanah liat, ada hello kitty ada doraemon ada shin chan, gundam, spiderman dan lain2 lagi (abah kawww ingat senang ke nk ukir) harga dia 25baht jurrr

Keteow kerang ni mmg paduuuikkkkk

Korang nak bayau letak dalam tangguk nt dia pulangkan baki dan makanan dalam tangguk

Okay ni lah greenway night market, kalau kt kl mcm uptown la brg2 dia jual

Tepi2 greenway night market ni ada jual tshirt bundle yg dag di select ngan harga mur2. Klu korang kaki rolling stone ke, iran maiden ke, poppeye ke, mickey mouse semua ada. Tinggal pilih dan bayau jeler

Ok dalam greenway night market ni ada tempat makan, aku nk korang alert pasal ni.. Kedai yg jual menggunakan pinggan biru adalah HALAL dan kedai yg jual meggunakan pinggan putih adalah TIDAK HALAL

Ni lah lee garden mall tuh, sekeliling dia banyak benda makan yg bole di cari, tgk gambar sebelah

Dalam lee garden ni bawah skali ada food court yg jual makanan halal. Ni roti canai roti telor dan roti pisang.. Bole laaaaa...

Mc Donald di hatyaii x HALAL yer. Ada jual samurai pork

Potai dio bosar-bosar plakkkk

Gerai ni pun berdekatan lee garden

Ok kalau korang nak makan murah,banyak pilihan dan makan xhenti2 korang wajib pegi sini. Ok menu yg ada utk seafood,, lebih kurang konsep macam seoul garden laaa

Untuk buffet dan seafood :-

  • Harga dewasa 289baht/orang
  • Harga kanak2 99baht/orang

Astaghfirullah

Ok last day and last trip sbb anak aku nak sgt naik tuk tuk, aku pun amik tuk tuk ni dr khloeng hae seafood ke hotel.. Kene lah 200baht (kalau naik grab 146baht)

< center>

Pulang pun naik ETS

Perkongsian dari Mohd Firdaus

 

 

 

Destination: