Betul Ke Murah Bercuti Di Thailand? Wanita Kongsi Itenari Ke Hatyai Bermodalkan RM450 Sahaja!

TRAVEL
September 20, 2022 - 05:23 PM


Dengar cerita, ramai rakyat Malaysia yang lagi prefer bercuti di Thailand . Apa sebabnya? Ha memang banyak faktor yang kita boleh ambil kira tapi faktor matawang kita yang lebih mahal berbanding dengan Bhat dan juga servis tiptop yang diberikan di Thailand menjadi faktor utama!

Seorang pengguna Twitter @nelovef4 kongsi pengalaman dan itenarinya bercuti ke Hatyai dengan hanya bermodalkan RM450! Lengkap dari semua segi lah termasuk pengangkutan, penginapan, makanan, aktiviti, dan membeli belah.

Pengangkutan:

a) ETS

RM160 2 way MY - TH - MY. Cukup mesra keluarga dan efisien. Sejuk kena standby sweater atau selimut. Lengkap dengan cafe, toilet dan surau. Make sure tengok kiblat sebelum solat. The best part ada charging port di setiap tempat duduk penumpang.

b) Tuktuk dan Grab

Untuk ke lokasi sewa motor @ Hatyai Bus Terminal. Sewa motor 600baht (RM70) untuk 2 hari, depo just bayar 200baht (RM20) je, isi minyak penuh dia pulang semula 200baht. I boleh ckp in Thailand is more friendly rider compared to Indon and Vietnam. 

Makanan

a) Dimsum Chabura

Makan di Dimsum Chabura 8am-2pm. Breakfast time and since viral so u guys kena beratur panjang. But, worth it je kalau u sanggup. Tak recommended pergi time u lapar. 

b) Floating Market

Ada pelbagai pilihan antaranya mee tomyam, aiskrim kelapa, kueyteaow, otak2, banana pancake etc. Antara yang sempat kami singgah Lee Garden Street Foods, The Bay Cafe dan KH BBQ Steamboat. Best jjcm situ. Elak makan nasi macam kat Malaysia.

Penginapan

 Manonta Budget Hotel.

Bajet hotel dia bukan macam kt MY ye, cadar tak tukar, tak kemas bilik penuh pancutan pistol air. Tak2, sangat bersih dan minimalis. Time malam sebelah tu kelab malam, mmg hidup kat sana. Cuma time pagi je sendu ayam.

Aktiviti 

Melawat lokasi-lokasi bersejarah antaranya i pergi Chan Puak Camp, Masjid Songkla, Samila Beach, Wat Hat Yai Nai. Dok rok pum, cumo nok key suasano jah i elak ride gajah sebab kecian gajah penat

Perbelanjaan Tambahan

Beli ole-ole, dan servis gedik2 je ie: manicure pedicure 200bth & body massage 360bth. Boleh layan body massage di hotel. Kita order, dia mai urut kat bilik. Manipedi kena pergi kedai dia di Lee Garden

Kesimpulan

  • Trip to HatYai 16-19 Sept 2022 / 4 pax KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral ETS: RM160/pax
  • Van/grab: RM40/pax standby keluar masuk Hotel: RM79/pax
  • Motor: RM 45/pax untuk 2 hari sewa
  • Makan standby RM300

Jarak dan masa: KL Sentral to Padang Besar (5jam) sama lah pergi & balik. Padang besar to Hatyai border (6km) kena naik van/grab ada yg hntar depan hotel. Ada ni i selit kan skali details. Hatyai border to hotel (1jam) Tempat2 yg i pergi u guys boleh google dlu sebelum pergi.

Korang dah sampai Padang Besar terus je beli simkad jenama AIS RM30 kot. So terus settings la. Valid 1week unlimited data. Nk masuk border kena fill up white card (jangan hilang), then scan qr code hatyai untuk vaccination certificate.

Info tambahan, warganegara Malaysia umur 13-59 tahun yang nak renew passport (RM200 5tahun) better renew online guna website e-services https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main Tangkap gambar passport kt kedai gambar minta softcopy then apply online.

Sumber dan Kredit: @nelovef4 (Twitter)

'; jQuery(str).insertAfter('.field-name-body p:eq(' + pCount + ')'); }); }); qg("event", "product_viewed", { "product_id":"8750", "article_title":"Betul Ke Murah Bercuti Di Thailand? Wanita Kongsi Itenari Ke Hatyai Bermodalkan RM450 Sahaja!", "category_name":"TRAVEL", "destination":"Thailand", "article_writer":"ameerhzmn", 'hashtags': 'ETS,hatyai,Travel Bajet,Murah,Train Travel,Itenari Percutian', "article_image_url":"https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/featured-images/2022/09/20/GridArt_20220920_171823153.jpg?itok=4uqNoyls", "article_url":"https://rileklah.com/travel/betul-ke-murah-bercuti-di-thailand-wanita-kongsi-itenari-ke-hatyai-bermodalkan-rm450-sahaja" });

PENAFIAN

Rileklah.com merupakan sebuah portal santai yang memaparkan gaya hidup orang Malaysia. Sekiranya ada sebarang kandungan dianggap tidak sesuai pada pembaca, sila hubungi kami di [email protected]

Privacy Policy | Refunds Return Policy

PENGIKLANAN/PERTANYAAN

[email protected]

FOLLOW US

© 2024 rileklah.com All rights reserved. ACE MEDIA NETWORK SDN BHD (883993-K)