‘Kantoi’ Perlahankan iPhone, Apple Berdepan 8 Tuntutan Saman Berjumlah Hampir 1 Trillion!

VIRAL
December 28, 2017 - 04:16 PM


Kalau pasal naik turun mahkamah, jenama Apple adalah nama yang tidak asing lagi. Sejak empat tahun lalu, Apple dihadapkan dengan pelbagai tuntutan undang-undang antaranya tuntutan palsu, pengecilan storan dan kesalahan melanggar cap dagangan.

Seminggu selepas mengesahkan yang mereka sebenarnya memperlahankan model lama iPhone dengan setiap kemas kini system iOS pada telefon pintar mereka, kini Apple berdepan dengan sekurang-kurangnya 8 tuntutan saman bernilai 999 Billion USD!

Walaupun pihak Apple ada memberikan kenyataan balas untuk tindakan mereka itu, ramai pengguna berpendapat perbuatan Apple itu memaksa pengguna supaya menaiktaraf dan membeli model terbaru iPhone.

Dakwaan lanjut juga menyatakan terdapat usaha untuk menyembunyikan isu bateri ini dengan menawarkan pengganti. Namun, jika ini didapati terbukti di mahkamah, ia akan mengesahkan tuntutan salah atau tuntutan penipuan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

Anda rasa apa keputusan mahkamah nanti?

 

Sumber : Hypebeast