10,000 Kakitangan Google Diarah Pantau Kandungan YouTube

TERKINI
December 05, 2017 - 03:30 PM


Laman perkongsian video paling popular di dunia, YouTube akan mula dipantau oleh 10.000 staff daripada Google.

Enjin pencarian maya itu menyediakan kira-kira 10 ribu kakitangan bagi memantau kandungan yang dianggap sebagai ancaman kepada pengguna media sosial antarabangsa.

Ia berikutan kritikan terhadap laman tersebut baru-baru ini dan Ketua Eksekutif YouTube, Susan Wojcicki mengesahkan perkara terbabit dalam satu temubual kepada akhbar Daily Telegraph.

Wojcicki tidak menolak ada pihak yang menyalahgunakan laman YouTube untuk tujuan mengelirukam, memanipulasi, menganggu serta membahayakan pengguna media sosial seluruh dunia.

Minggu lalu, Youtube telah menarik balik 150 ribu video kanak-kanak selepas kebanyakan video tersebut menerima ulasan lucah daripada penonton.

Tindakan ini berlaku susulan, kandungan laporan yang dibuat oleh akhbar Britain mendapati beberapa iklan jenama terkenal yang disiarkan menggunakan video kanak-kanak atau remaja, mengundang ulasan tak senonoh daripada penonton dan terdapat unsur paedofilia.

Laporan media itu telah menyebabkan pengiklan merungut malah sebahagian daripadanya telah menggantung dan menghentikan iklan YouTube.

 

Sumber : AFP