19 Fakta Tentang TPM Wanita Pertama Malaysia Dr Wan Azizah Rupanya Berkait Juga Dengan Rosmah Mansur

TERKINI
May 17, 2018 - 11:27 AM


Aagak2 apa kaitan ek Wan Azizah dengan Rosmah Mansur? Heheh boleh terus tengok point ke 7. 

1. Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau pun dikenali sebagai "Kak Wan" dilahirkan pada 3 December 1953 di Singapore. Ketika itu Singapore masih sebahagian daripada Tanah Melayu.

2. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak yang kedua. Beberapa lama lepas beliau di lahirkan, keluarga mereka berpindah ke Alor Setar, Kedah.

3. Beliau bersekolah di Sekolah Convent St. Nicholas, Alor Setar dadi darjah 1 hinggalah tingkatan 5. Semasa first day of school, beliau dimasukkan ke kelas B kerana tidak tahu sepatah perkataan Inggeris.

4. Sepanjang sesi persekolahan, beliau bukanlah daripada kalangan pelajar yang baik dari segi akademik. Pencapaian semasa di sekolah rendah dan menengah hanyalah sederhana sahaja.

5. Tetapi beliau merupakan pelajar yang aktif dalam aktiviti kokorikulum. Antara aktiviti yang di sertai oleh beliau adalah koir dan menjadi pelakon. Beliau pernah terlibat dalam persembahan koir "O...Black Joe."

6. Cita cita beliau pada waktu itu adalah menjadi seorang pelawak kerana beliau mahu menggembirakan sesiapa sahaja. Pada tanggapanya, dengan membuat lawak kepada orang ramai, mereka dapat relax, enjoy dan melupakan kesedihan dan keperitan yang mereka harungi.

7. Okay next, habis sahaja tingkatan lima, beliau melanjutkan pelajarannya di Kolej Tunku Khursiah (TKC). For those yang tak tahu, Rosmah Mansur adalah senior Dr Wan Azizah.

8. Semasa di TKC, beliau sering bertanya secara spontan kepada rakan2nya "Awak dah solat?" oleh itu beliau digelar sebagai "PPM" = Pegawai Pencegah Maksiat oleh kawan-kawannya.

9. Tamat sudah pengajian Form 6 di TKC, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pangajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaya. Setelah 3 bulan di UM, beliau ditawarkan scholarship oleh JPA. Jd, beliau mengikut kursus pengajian perubatan di Royal College of Surgeon, Ireland

10. Dr Wan Azizah merupakan pelajar terbaik di RCSI pada tahun 1977.

11. Selepas beberapa tahun di perantauan, beliau pulang semula ke tanah air. Semasa itu lah beliau dikenal sebagai Dr. Wan. Beliau melaporkan diri di Hospital Kuala Lumpur. Pada 1984, beliau diiktiraf sebagai pakar oftalmologi iaitu pakar mata.

12. Pada 28 Februari 1980, Wan Azizah & Anwar Ibrahim diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri. (Photo circa 2013/2014).

13. Pada suatu pagi, semasa Dr Wan Azizah melakukan pemeriksaan di wad, beliau menerima satu mesej. Ada orang nak berjumpa dengan beliau dan orang tersebut sedang menunggu di kantin hospital.

14. Selepas habis kerja, beliau terus ke kantin tetapi beliau berjalan dari arah yang tidak dapat dilihat "orang" yang sedang menunggu beliau. Orang yang sedang menunggu itu adalah Anwar Ibrahim. Mereka berbual2 tetapi tidak lama kerana masing2 ada tugas.

15. Okay, moving on to peristiwa 1998. Pada 20 September, rumah Dato Seri Anwar Ibrahim diserbu pada waktu malam dan lalu ditangkap. (Photo: Dr Wan Azizah memeluk suaminya dengan erat).

16. Dato Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dan selepas hukuman dijatuhi, Dr Wan Azizah dan anak anaknya tidak boleh berjumpa dengan DSAI secara terbuka. Mereka hanya boleh berinterkom sahaja. Jadi, perbualan mereka dgn DSAI menjadi terhad

17. Nurul Izzah berumur 18 tahun ketika DSAI di penjara. Adik beradiknya pula, Nurul Iman dan Nurul Hana berumur 8 tahun dan 6 tahun.

18. Semasa DSAI dibebaskan, terlalu ramai orang menyambut kepulangan dan pembebasan beliau. Mereka sekeluarga meraikan saat penyatuan kembali kelurga yang selama ini terpisah.

19. Perjuangan mereka tidak akan terhenti di situ sahaja. Wan Azizah memengangi kerusi parlimen permatang pauh pada 2008 dan juga Pandan pada tahun 2018. Beliau dilantik sebagai TPM dan merupakan Malaysia's first female deputy prime minister.

Reference : Cerita Kak Wan by Zahiruddin Zabidi.