23 Lebuh Raya Tawar Diskaun 10-33% Pada Raya Pertama

TERKINI
May 29, 2019 - 10:45 AM


Sempena sambutan Aidilfitri minggu depan, pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman melalui lebuh raya di seluruh negara.

Ini berita baik untuk pengguna di 23 lebuh raya yang menawarkan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada Hari Raya Pertama yang dijangka Rabu depan.

Diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama iaitu pada 5 Jun 2019.



Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuh raya yang terlibat :

  1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) - 33%
  2. Lebuhraya Grand Saga (GSSB) - 30%
  3. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) - 20%
  4. Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) - 20%
  5. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) - 20%
  6. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) - 20%
  7. Jambatan Pulau Pinang - 20% (Kenderaan Kelas 2 sahaja)
  8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 - 20%
  9. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - 20%
  10. Lebuhraya Pantai Baru (NPE) - 20%
  11. Lebuhraya BESRAYA - 20%
  12. Lebuhraya MEX (Maju Expressway) - 15% (Semua Kelas Kenderaan)
  13. Lebuhraya Grand Sepadu - 15%
  14. Lebuhraya Shah Alam (Kesas) - 10%
  15. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) - 10%
  16. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) - 10%
  17. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) - 10%
  18. Lebuhraya Kajang SILK (SILK) - 10%
  19. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) - 10%
  20. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 - 10%
  21. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) - 10%
  22. Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) - 10%
  23. Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) - 10%

Selain itu, 3 lagi lebuh raya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu :

  1. Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) - 10%
  2. Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) - 20%
  3. Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja - 10% untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun.

Sumber: BERNAMA