27 Restoran Terlampau Jijik di Seremban Ditutup

TERKINI
November 21, 2017 - 12:02 PM


Angkara tidak menitikbe­ratkan kebersihan di premis perniagaan dengan membiarkan dinding berkulat manakala lantai basah dan kotor, sebanyak 27 buah restoran yang beroperasi di sekitar bandar ini diarahkan menghentikan operasi selama dua minggu secara serta-merta.

Arahan tutup serta-merta itu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Ne­geri Sembilan menerusi Operasi Bersepadu Makanan Bersih yang dilancarkan pada Rabu minggu lalu.

Kebanyakan restoran yang dikenakan tindakan drastik itu antaranya melibatkan Restoran Nasi Kandar Haji Tapah di Kemayan Square; Restoran Al-Jasira di pusat bandar dan Restoran Al-Zain di Sikamat.

 

 

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, Operasi Bersepadu Makanan Bersih yang dilancarkan selama sembilan jam pada Rabu lalu menyaksikan sebanyak 59 restoran yang beroperasi 24 jam diperiksa di sekitar bandar ini.

“Daripada 59 buah restoran yang diperiksa, sebanyak 27 buah restoran diberi notis tutup serta-merta selama dua minggu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

 

Sumber: Kosmo!