4 Daerah Di Selangor Akan Alami Gangguan Bekalan Air Sehingga 72 Jam

TERKINI
October 02, 2018 - 01:01 PM


Sekurang-kurangnya, 340000 orang pengguna pelbagai jenis kediaman tak kiralah rumah mahupun industri di EMPAT daerah negeri Selangor akan alami gangguan bekalan air bermula pada 9 OKTOBER dan dijangka berlarutan selama 72 jam!

Menurut laporan, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata gangguan bekalan air ini adalah disebabkan kerja-kerja pembaik-pulihan peralatan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Difahamkan, kerja-kerja pembaikan akan bermula  seawal 9 pagi selama 12 jam, ini menyebabkan operasi logi rawatan tersebut terpaksa ditutup sepenuhnya. Dijangka gangguan bekalan air berlaku selama 35 hingga 72 jam maksimum dan penduduk-penduduk di kawasan yang terlibat akan menerima bekalan air seperti biasa pada 12 Oktober.

Bila dah ada notis awal ni, harapnya semua buatlah apa yang patut. Tadah air secukupnya dan berjimat-lah. Dalam masa yang sama, pihak Syabas akan membekal 80 tangki static di kawasan-kawasan seperti sekolah, masjid dan kawasan rumah pangsa.

Daerah-daerah yang terlibat adalah Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat. Tambahan kepada 80 tangki statik, pihak Syabas turut menyediakan 62 lori tangka, dan 10 lori ‘jumbo tank’ di kawasan-kawasan yang terpilih.

Untuk bantuan air kecemasan, pengguna boleh SMS Tanker ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919

Senarai kawasan yang terjejas adalah :

Maklumat lanjut mengenai Pusat Khidmat Setempat (PKS), boleh didapati di laman web Syabas