9 Fakta Tentang Nia Atasha, Model Melayu Pertama Victoria's Secret

TERKINI
July 05, 2023 - 12:16 PM


Tempoh hari industri hiburan tanah air diberi khabar gembira bahawa pelakon dan model terkenal, Nia Atasha Rosli muncul dalam video peragaan dan promosi pakaian dalam jenama terkenal, Victoria's Secret.

Nia mengumumkan berita gembira buat peminatnya bahawa dia kini melangkah lebih jauh dalam karier dunia modelling apabila menjadi sebahagian daripada keluarga jenama pakaian dalam itu.

Mungkin ada antara kita yang masih belum mengenali Nia Atasha dalam dunia peragaan tempatan. Ini 9 fakta menarik tentang Nia Atasha yang korang perlu tahu.

1. Pemegang Ijazah Di Sebuah IPTA

Nia Atasha binti Rosli yang dilahirkan pada 23 Julai 1996 merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UITM) Kampus Seri Iskandar, Perak dan pemegang ijazah dalam jurusan rekaan grafik.

2. Jadi Model Selepas Persekolahan

Dia yang dikenali dengan nama akaun Twitter-nya, Sleepyllama memulakan kerjayanya sebagai model selepas tamat persekolahan menengah dan drama pertama dibintanginya adalah Inikah Dikatakan Cinta arahan Datuk Jurey Latiff Rosli.

3. Macam-Macam Benda Boleh Buat

Selain terlibat aktif dalam dunia peragaan, Nia juga boleh berlakon dan membintangi beberapa drama tempatan seperti Ada Sesuatu Dalam Rumah, IMPerfect, Ceroboh, Gila Gusti serta Budak Tebing 3. Bukan setakat tu je, dia juga pernah mengacara rancangan HLive suatu ketika dulu.

4. Jadikan Melukis Sebagai 'Duit Tepi'

Mungkin tidak ramai yang tahu Nia memilih seni lukisan sebagai salah satu aktiviti yang dilakukan juga pernah berkolaborasi dengan sebuah jenama milik usahawan jelita terkenal, Vivy Yusof dengan mereka skarf khas olehnya buat jenama tersebut.

5. Jadi Model Untuk Pelbagai Jenama

@ehmalaysia Pertama di Asia, model @sleepylllama menjadi antara wajah kempen baharu @victoriassecretmy disamping peserta Miss Universe 2018 @janeteoh_ dan pelakon Thailand @janienineeleven memperagakan koleksi T-Shirt Bra meraikan keberanian dan menyerlahkan keyakinan wanita. #ehmalaysia #BeAuthenticBeYou ♬ original sound - ehmalaysia

Kerjaya seni dan peragaan gadis kelahiran Kuala Lumpur ini maju selangkah lagi apabila dia terpilih untuk menyertai kempen jenama pakaian dalam wanita Victoria's Secret, lapor laman hiburan Beautifulnara.

Untuk rekod, Nia juga pernah menjadi model untuk jenama besar lain antaranya Calvin Klein, Louis Vuitton, Dior dan banyak lagi.

6. Wanita Melayu Pertama Jadi Model Pakaian Dalam

Diangkat sebagai perempuan Melayu Islam pertama menjadi cover girl kempen terbaharu jenama pakaian dalam Victoria's Secret. Dalam pencapaian membanggakan ini walau bagaimanapun mendapat cemuhan dan kecaman warganet.

"Jadi bahan bakar kat akhirat nanti" komen seorang individu.

7. Menjadi Cover Muka Hadapan Majalah Lelaki

Dia yang tampil dengan pakaian seksi menjadi penghias muka hadapan bagi sebuah majalah lelaki tempatan. Walaupun pakaian dan posing yang digayakan sangat seksi, namun ramai selebriti dan warganet memuji serta mengucapkan tahniah kepada model berusia 27 tahun ini.

8. Pernah Bercinta Sesama Industri

Gadis jelita tinggi lampai ini pernah menjalinkan hubungan cinta bersama personaliti TV terkenal, Qi Razali namun berpisah pada awal 2020 yang lalu.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali yang juga pemain dram OAG pernah menghantar rombongan merisik sekitar tahun 2018 dan bakal mengikat tali pertunangan bersama Nia setahun selepas itu. Namun Nia dan Qi bertindak untuk memutuskan hubungan mereka dan menerima baik keputusan tersebut.

9. Warganet Tak Senang Duduk

Pencapaian Nia sebagai wajah Victoria's Secret malangnya tidak disenangi segelintir waraganet yang menyifatkannya tidak sesuai dengan budaya dan adat resam Melayu selain menyindir tentang tona ketiaknya yang hitam.

Apa-apa penghargaan yang diperoleh oleh sesiapa pun, kita tetap menyokong dan ucap tahniah. Moga rezeki Nia terus melimpah dan harap boleh tanggung dengan segala kontroversi.