"Abang Ipar Dari Neraka!" - Lelaki "Jual" Adik Demi Langsaikan Hutang

TERKINI
September 06, 2023 - 12:28 PM


Abang ipar dari neraka. Itu ungkapan yang sesuai ke atas seorang lelaki yang sanggup menjadikan adik iparnya mangsa rogol beramai-ramai. Dia bertindak sedemekian atas dasar ingin melangsaikan hutang rakan dipercayai

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Wangsa Maju di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan polis mendapati abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu berhutang dengan salah seorang suspek yang masih bebas.

Menurutnya, sebelum kejadian, lelaki itu menghubungi mangsa, 26, supaya tidak mengunci pintu rumah, yang menyebabkan dia dirogol bergilir-gilir ketika sedang tidur

“Abang ipar mangsa ditahan jam 9.30 malam Sabtu di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan direman enam hari hingga 8 September.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Destination: