"Air Kosong Cheese Pun Jual?" - Pelanggan Teruja Menu-Menu Pelik Di Mamak

TERKINI
August 03, 2023 - 12:12 PM


Dah masuk zaman milenial ni, banyak makanan yang terikut sekali dengan evolusi ni. Kebanyakannya menggunakan cheese atau keju di dalam masakan mereka yang kononnya menambahkan rasa lemak dan cheesy.

Tapi tahukah korang ada restoran India Muslim atau biasa kita panggil mamak menghidangkan menu-menu yang cukup pelik dan bertambah pelik ada yang meminati makanan tersebut.

Selalu kita dengar pisang goreng cheese, keropok lekor cheese atau jagung bakar cheese. Pernah tak korang terfikir untuk minum air kosong dengan cheese? Restoran Aliff memang menyediakan hidangan pelik begini.

@elyanasparks23 My favourite mamak, only Aliff the Ajimal😍☝🏻 #berak ♬ Rindu-Semalam(抖音DJ版) - 歌者凌风&宇弟儿

Dalam video di TikTok yang dimuat naik oleh Elyana itu menunjukkan dia memesan beberapa makanan yang pelik itu dan kebanyakan menu tersebut menjadi kesukaannya. Antara menu yang dipesannya adalah teh tarik tomyam, sirap tomyam, Maggi Milo, Maggi tsunami, nasi lemak, nasi goreng dan semuanya ada cheese!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan rasa loya kerana semua makanan diletak cheese namun ada juga yang teruja untuk mencubanya nanti dan menganggap itu makanan baharu yang perlu dicuba.

"Aku yang tengok saja pun dah boleh rasa sakit perut" komen EddieSenpai yang kurang senang dengan makanan begitu.

"Semua benda nak taruk cheese sekarang ni. Kalau kena dengan tekak takpe-lah. Tapi kenapa perlu letak cheese dalam air kosong?" soal FedyPutri terkejut menu begitu menjadi pilihan orang.

Elyana nampak seperti menyukai kesemua makanan yang dipesannya dan menunjukkan resit bayaran di dalam video tersebut. Segelas air kosong dengan topping sekeping cheese berharga RM3 segelas dan perlu membayar RM80 untuk makanan yang dipesan.

Katanya makanan ini tidak dimasukkan di dalam menu namun akan dibuat mengikut pesanan pelanggan dan pekerja restoran itu akan recommend-kan makanan 'terbaik' mereka.

Namun, sebelum Elyana memuat naik video itu ke TikTok, sudah ada pelanggan yang memesan menu-menu pelik berikut dan minuman berasaskan tomyam menjadi kegemaran mereka.

Air seperti coke, sirap, teh ais, Milo ais diletakkan bahan-bahan yang ada di dalam masakan tomyam ke dalamnya. Serai, lengkuas, daun limau purut, lobak merah dan bunga kobis ditabur di atas air tersebut.

Kita yang tengok ni pun kadang rasa kembang tekak dan kadang rasa nak mencuba pun ada. Biasalah tu, nafsu makan. Tapi dia punya teh ais tomyam nampak sedap, kan?

Destination: