
AirAsia Bakal Mansuh Yuran Pemprosesan Bermula Oktober
TERKINIBerita baik buat kaki travel semua, terutamanya yang selalu membeli tiket penerbangan AirAsia. Bermula Oktober nanti, AirAsia akan menghapuskan processing fee atau bayaran pemprosesan untuk pelanggan yang membeli tiket penerbangan secara perbankan online ataupun kad kredit.
Menerusi satu tweet ringkas, Tan Sri Tony Fenandes berkata beberapa cas untuk memastikan tempahan yang selamat, murah dan tidak ada unsur penipuan terpaksa dikenakan, tetapi ad acara untuk pastikan ianya percuma.
Buat masa sekarang, cas pemprosesan AirAsia dikenakan bermula RM4 sekiranya bayaran dibuat menggunakan kad debit dan ia boleh mencecah RM16 sekiranya pembayaran dilakukan dengan UnionPay.
I’m pleased to announce that @Airasia is removing processing fee from October. We still still have some charges to drive traffic to cheaper , safer and less fraudless methods. But there Will be methods with no fees. no more process#technologyrules #makingairfaresaffordable
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) July 30, 2019
Namun begitu, sekiranya pengguna tidak mahu dikenakan cas berkenaan, boleh menggunakan aplikasi e-wallet BigPay. Pemansuhan cas pemprosesan ini selari dengan pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara yang tidak membernarkan penjual mengenakan cas terhadap bayaran yang dibuat menggunakan kad debit.
Nota Editor : Korang rasa, lepas ni berkemungkinan tak ada cas yang akan ‘dinaikkan’ atau harga dimahalkan?
Sumber : web | NST