AirAsia Gunakan Sistem FACES Ganti Boarding Pass Untuk Penerbangan Domestik

TERKINI
April 25, 2019 - 12:01 PM


AirAsia semalam telah memperkenalkan sistem pengesahan ‘one-time’ untuk penumpang mereka melalui aplikasi mobile yang dipanggil FACES. Dengan adanya FACES, ia direka untuk menghapuskan atau mengantikan keperluan penumpang untuk menunjukkan pas masuk sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

FACES adalam sistem boarding yang menggunakan pengecaman wajah yang dibangunkan dan dipunyai oleh AirAsia sendiri dengan bertujuan untuk memudahkan serta melancarkan proses pengecaman penumpang.

Dalam tweet yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, penumpang hanya perlu mendaftarkan muka mereka dan passport di aplikasi AirAsia Mobile.

Selepas pengesahan pendaftaran wajah penumpang serta maklumat passport di aplikasi berkenaan, ia akan disahkan oleh pegawai AirAsia kemudian penumpang boleh terus melancong atau menaiki kapal terbang tanpa sebarang masalah.

Dalam erti kata lain, selepas sistem FACES ini dikuatkuasakan penggunaannya, penumpang tidak perlu untuk mencetak boarding pass mereka dan boleh terus berjalan ke boarding gate untuk penerbangan domestik.

Buat masa ini, kemudahan ini hanya terdapat di beberapa lapangan terbang seperti di Senai, Johor dan sekiranya mereka mendapat persetujuan daripada rakan kongsi mereka, kemudahan ini turut akan disediakan di semua lapangan terbang di Malaysia.

Maknanya, selepas ini, kita hanya perlu memandang ke kamera sahaja dan akan dibenarkan masuk ke pesawat untuk penerbangan dalam negara. Harap sistem tidak tergendala atau mesin ‘out of service’ lah.