
AirAsia Hanya Menempatkan Kru Lelaki Untuk Penerbangan Ke Acheh
VIRALFebruary 01, 2018 - 10:37 AM
Pihak berkuasa Aceh telah mengeluarkan arahan bahawa semua kru kabin wanita Muslim harus memakai hijab ketika tiba di wilayah berkenaan.
Sehubungan dengan itu, syarikat penerbangan AirAsia telah mengeluarkan kenyataan ringkas bahawa mereka akur dengan peraturan yang dikenakan dan terus komited untuk memastikan kru mereka mematuhi arahan tersebut.
Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia ke Aceh akan dikendalikan oleh anak-anak kapal lelaki.
Selain Air Asia, pihak berkuasa Aceh turut mengemukakan surat kepada beberapa syarikat penerbangan lain seperti Garuda Indonesia dan juga Firefly. Menurut pegawai Eksekutif Firefly, syarikat mereka juga mungkin menempatkan kru lelaki ataupun yang bukan Islam untuk penerbangan ke Aceh.
Bagus juga pihak berkuasa Aceh ni. Baru selaras dengan status wilayah yang satu-satunya menerapkan hukum Syariah.
Sumber : mStar
Destination:
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video