AirBnB Tawarkan Pengalaman Keliling Dunia Selama 80 Hari, Tinggal 4 Kekosongan Lagi!

TERKINI
June 25, 2019 - 01:06 PM


Kebanyakan traveller punyai satu impian dan boleh dikatakan ramai yang ingin kelilingi dunia. Pergi ke semua benua, seberapa banyak negara mungkin untuk mendapatkan pengalaman pengembaraan yang tiada tandingan.

Diiklankan di bawah kategori ‘adventure’, AirBnB menawarkan pengalaman untuk kelilingi dunia dalam tempoh 80 hari dan ia merangkumi 6 benua dan akan melawat 18 buah negara antaranya; Uzbekistan, Romania, Jordan, Mesir,Kenya, Bhutan, Thailand dan banyak lagi.

Pengembaraan 12 minggu ini akan menjanjikan pengalaman yang lain daripada yang lain. Bayangkan, korang akan mempelajari budaya dan tradisi bermula dari Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan lain-lain. Iceland pun akan dijejak nanti tau!

Pengembaraan akan bermula di London yang mana kos yang dibayar adalah  £4,041 (RM21,350~) dan jika dibahagikan dengan 80, maka jatuh sehari kos adalah £50 (RM265) untuk satu malam.

Kos ini termasuk pengangkutan, penginapan serta makan dan minum. Cuma untuk permulaan, AirBnB minta korang membeli tiket ke London untuk memulakan perjalanan.

Untuk yang berminat, pengembaraan kelilingi dunia ini akan bermula pada 1 September 2019 dan berakhir pada 19 November 2019.

Kalau betul minat, menurut AirBnb, tinggal EMPAT sahaja lagi kekosongan dan korang boleh lakukan tempahan pada :

Jumaat, 28 Jun, 2019

10:00 AM Pacific Daylight Time

7:00 PM Central European Summer Time

1:00 AM China Standard Time (Saturday, June 29)

Menarik kan? Siapa ada duit 20 ribu lebih, meh la sponsor kitorang. Hehehe. :)

Jap, kira duit tengok cukup tak...

Korang boleh cuba nasib untuk tempah 4 slot terakhir di sini!


PILIHAN EDITOR