Aksi Anggota Polis Tenangkan Suspek Amuk Guna Sabit Buat Netizen Terharu

TERKINI
November 25, 2022 - 05:26 PM


Menjadi barisan pertama pertahanan negara bukan suatu kerja yang mudah dan banyak cabarannya. Tidak semua berpeluang untuk berkhidmat mempertahankan negara, dan menggalas tanggungjawab tersebut demi menjaga keharmonian kehidupan kita.

Namun, kita harus bangga dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia dan badan-badan keselamatan yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam melaksanakan tugas. Viral di platform TikTok, satu video yang dikongsi oleh seorang anggota polis.

@bigredmachine3196 Kongsi pengalaman tugas moga bermanfaat. TQ banyak support video dan akaun ni.. #pdrm #polispj #ipdpetalingjaya #mpvpdrm #fypシ #fypシ゚viral ♬ Action - Infraction Music

Video mendebarkan tersebut, memaparkan bagaimana anggota polis menghadapi situasi di mana seorang suspek sedang amuk di suatu lokasi di Petaling Jaya. Yang menarik perhatian netizen adalah, bagaimana tenangnya semua anggota polis yang berada di lokasi.

Dari menggunakan kekerasan, mereka berjaya memujuk saspek dengan kata-kata yang lembut dan memahami keadaan yang dihadapi suspek. Netizen meluahkan rasa terharu dan berterima kasih terhadap semua anggota polis yang berkhidmat. Respek!

Destination: