"Alamak, Mangkuk Berlumut Pulak" - Belum Reda Viral Kerana Biadap, Pelanggan Dedah Tahap Kebersihan Kedai Ikan Bakar

TERKINI
September 15, 2023 - 05:57 PM


Belum reda kemarahan netizen terhadap seorang peniaga warung ikan bakar di Perlis yang biadap terhadap pelanggan dengan cara melempar duit dan mengeluarkan kata-kata yang kasar, ada pula cerita lain yang baru mengenai tahap kebersihan warung tersebut.

@atkhndhrh_ Replying to @shidiedun Takmau cakap apa. Satgi teguq kena maki pulak 😢 #fyp #trendingvideostiktok #fypシ ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) - LEOPARD

Berdasarkan video yang dimuatnaik di platform TikTok itu, jelas memaparkan satu mangkuk yang kellihatan kotor dan berlumut dihidangkan buat pelanggan. Rata-rata netizen menyarankan pelanggan tersebut membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan yang turut meninggalkan komen pada video tersebut.

Di ruangan komen juga jelas, kebanyakan warga Perlis dan orang ramai tidak akan singgah untuk mencuba hidangan di warung ikan bakar tersebut. Tak memasal, kerana mulut badan binasa. Mengenai isu yang viral sebelum ini, anak kenapa tuan warung tersebut juga memohon maaf dan penambahbaikan akan dilakukan.

Destination: